
HONDA MALAYSIA BUKA PUSAT 3S PERTAMA DI BINTULU
Pelanggan Honda di Bintulu kini dapat menikmati lebih banyak Kemudahan dengan pembukaan Pusat 3S Honda baru oleh Kemena Auto Sdn.Bhd. (Kemena Auto).
Terletak di bahagian tengah Sarawak, pembukaan pusat 3S adalah selaras dengan salah satu strategi utama dalam hala tuju perniagaan Honda Malaysia tahun ini, yang berazamn mengukuhkan rangkaian pengedaran di seluruh negara.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata, “Malaysia Timur adalah rantau yang berpotensi berkembang, menjadikannya sebagai pasaran penting untuk Honda Malaysia.
Pengembangan pasaran ke Malaysia Timur bermula empat tahun lalu dan Pada masa ini, kami mempunyai 13 peniaga di Malaysia Timur dengan tujuh daripadanya terletak di Sarawak.

“Sebagai satu-satunya pengedar di Bintulu, kami sangat percaya bahawa Kemena Auto akan memberikan perkhidmatan selepas jualan terbaik kepada pelanggan kami di kawasan ini.”
Kemena Auto telah melabur RM11 juta yang meliputi pembangunan 43,560 kaki persegi kawasan dan dilengkapi dengan kemudahan terkini yang mematuhi standard Honda.
Kemudahan tersebut termasuklah 10 ruang perkhidmatan yang terdiri daripada 6 ruang servis, 3 bahagian pembaikan am dan 1 tayar.

Pusat servis ini boleh menampung sehingga 40 kereta setiap hari. Selaras dengan usaha Honda untuk menyediakan kemudahan terbaik, Kemena Auto Honda 3S Center turut menawarkan pelbagai kemudahan termasuk bilik menunggu yang selesa, perkhidmatan Wi-Fi percuma, sudut Kanak-kanak, makanan dan minuman percuma serta Surau.
Pelanggan juga boleh menikmati perkhidmatan basuh kereta, pembaharuan cukai jalan dan perkhidmatan pembaharuan insurans di Honda 3S baru ini.