Buletin

MCLAREN AUTOMOTIVE LANCAR KOLEKSI CERMIN MATA – HARGA CECAH RM8,290

Pengeluar kereta sports mewah, McLaren Automotive melancarkan koleksi cermin mata yang dikenali sebagai McLaren Vision Collection.

Sudah boleh didapati di kedai-kedai cermin mata bebas, produk terbaharu itu ditawarkan pada harga bermula £254 (RM1,336) hingga £1,578 (RM8,290) sepasang.

Cermin mata tempah khas (Bespoke) McLaren didakwa menggunakan teknologi bingkai titanium cetakan 3D dan pengimbas wajah bagi memastikan ia padan dengan sempurna apabila dipakai. 

Pasukan pereka bentuk McLaren bekerjasama dengan pakar optikal Perancis, L’Amy Group untuk menghasilkan koleksi yang merangkumi rangkaian Core, Premium dan Bespoke.

Boleh didapati sebagai cermin mata hitam atau biasa, ia hadir dalam pelbagai gaya, kemasan dan warna. 

Antara bingkai yang kontemporari dan tersendiri ialah rekaan ‘terapung’ di mana lensa dipasang pada dua titik hubungan sahaja. 

Cermin mata hitam dalam koleksi McLaren Vision adalah yang pertama menggunakan lensa Leica Eyecare.

Lensa itu dilengkapi ciri anti-reflektif AquaDura Vision, saduran oleophobic dan teknologi terkini Leica untuk memastikan kejelasan yang luar biasa. 

Rangkaian Core yang menggunakan material titanium didatangkan dalam empat rekaan bingkai dengan pilihan waarna oren, kelabu, kuning dan merah.

Sementara koleksi Premium pula dibina dengan bingkai dan bahagian sisi titanium sepenuhnya.

Cermin mata ini akan dipamerkan buat pertama kali dalam acara Goodwood Festival of Speed tidak lama lagi. 

Tags
Google ads
Back to top button