Buletin

HONDA MALAYSIA BUKA PUSAT 4S TERBESAR DI MALAYSIA – LIBATKAN PELABURAN RM40 JUTA

Honda Malaysia dan Kah Motor Co. Sdn. Bhd. (Kah Motor) baru-baru ini melancarkan pusat 4S terbesarnya di Tebrau, Johor Bahru. Dengan perkhidmatan seperti jualan, selepas jualan, alat ganti serta badan dan cat disediakan di bawah satu bumbung, pusat 4S ini dijangka dapat menawarkan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan Honda. 

“Pada tahun 2016, wilayah Selatan yang merangkumi Johor, Melaka dan Negeri Sembilan menyumbang sebanyak 20 peratus atau lebih 18,600 unit kepada jualan keseluruhan Honda Malaysia.

“Johor mewakili 70 peratus daripada angka jualan tersebut dengan model City menjadi model paling laris,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Roslan Abdullah.

Peningkatan jualan juga menyebabkan pengambilan untuk tujuan servis bertambah secara mendadak. Tahun lalu, lebih 128,000 unit kenderaan Honda telah diservis. Justeru, pembukaan pusat 4S itu dilihat tepat pada masanya untuk menyokong perkembangan positif tersebut.

Pusat 4S itu mempu menyelenggara sehingga 100 unit kenderaan sehari. Malah, dengan adanya bahagian badan dan cat, urusan baik pulih menjadi semakin pantas. Pembukaan kemudahan itu turut meraikan ulang tahun ke-60 kerjasama di antara Honda Malaysia dan Kah Motor sejak tahun 1957.

Melibatkan pelaburan sebanyak RM40 juta, pusat 4S itu memiliki keluasan 142,389 kaki persegi. Dengan 37 ruang servis, ia mampu menyelenggara sehingga 36,000 unit kereta setahun. Untuk memberi keselesaan kepada pelanggan, ia dilengkapi sebuah lounge yang luas, selain kafe, lounge eksekutif, wifi percuma, ruang bermain kanak-kanak dan surau.

Pada suku pertama 2017, Honda Malaysia mencatat peningkatan jualan sebanyak 45 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Ini membolehkan Honda mengekalkan posisi No.2 dalam TIV dan No. 1 untuk segmen kenderaan Bukan Nasional.

Maklumat lanjut mengenai pusat 4S Honda Tebrau, sila layari laman web: www.honda.com.my hubungi talian 07-357 7722 atau pergi ke No.20, Jalan Kencana Emas 2, Kawasan Perindustrian Tebrau III, 81100 Johor Bahru, Johor.

BACA: 7 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MEMILIKI HONDA CITY

Google ads
Back to top button