
HONDA MALAYSIA TAWAR FILEM TINTED
Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) hari ini mengumumkan bahawa ia akan mula menawarkan filem tinted secara eksklusif kepada semua pelanggannya.
Justeru, pelanggan yang membeli mana-mana model Honda sekarang boleh memilih untuk memasang filem tinted pada harga berpatutan.
Harga empat filem tinted yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Filem Tinted |
**Harga |
***3M – Horizon Safety |
RM1,500 |
Ecotint – Ray Barrier 4 |
RM1,500 |
Ecotint – Ray Barrier 6 |
RM2,100 |
Ecotint – Ray Barrier Premier 6 |
RM2,800 |
3M and Ecotint dipilih oleh Honda Malaysia selepas ia melalui proses pemilihan yang ketat. 3M mengimport filem dari Jepun dan Korea. Manakala filem Ecotint dikilangkan oleh pihak Sumitomo Osaka Cement Co., Ltd. di Jepun.
Honda Malaysia percaya bahawa filem yang berkualiti tinggi boleh menawarkan keselesaan dan keselamatan kepada pelanggannya. Harus tahu juga semua filem tinted ini menepati garis panduan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Jaminan filem tinted ini boleh dipindahkan kepada pemilik baharu, menawarkan jualan sokongan di seluruh negara, selain proses pemasangan yang lebih selamat dan pantas. Pelanggan akan menerima jaminan selama lima tahun mulai tarikh pemasangan.
Filem tinted ini boleh dipasang di semua 82 pengedar sah Honda di seluruh negara. Maklumat lanjut mengenai filem tinted ini, sila hubungi talian tol percuma 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my.
**Harga termasuk 6% GST. Tertakluk kepada terma dan syarat.
***Hanya ada di Semenanjung Malaysia.