Buletin

HONDA PASSPORT TRAILSPORT BAHARU – LEBIH GARANG DAN RUGGED UNTUK MASUK HUTAN

Honda telah mendefinasikan semula model SUV lasak, Honda Passport TrailSport serba baharu dengan menampilkan reka bentuk lasak sejati serta keupayaan off-road sebenar yang menggabungkan konsep Born Wild.

Untuk rekod, ini adalah merupakan Honda Passport TrailSport generasi keempat yang telah diperkenalkan dan ianya masih lagi berkongsi platform yang serupa dengan Honda Pilot. Jelas sekali reka bentuk Honda Passport TrailSport baharu ini merupakan sebuah SUV lasak yang rugged serta lengkap dengan ciri kemampuan off-road yang dipertingkat termasuklah suspensi khusus untuk kegunaan off-road serta fungsi pacuan semua road.

Pasukan pembanguan yang berpangkalan di Ohio ini telah berjaya menghasilkan sebuah model off-road yang kelihatan tegap serta mempunyai rekaan bahu yang lebar untuk penampilan serba baharu yang meningkatkan keupayaan lasak model ini.

Melengkapi rupa luaran SUV ini termasuklah juga skid plate yang diperbuat daripada plat keluli kukuh serta didatangkan juga dengan cangkuk penyelamatan berwarna jingga terang. Tayar jenis All – Terrain tebal bersaiz 31 inci yang dipasang pada roda 18 inci juga membolehkan pemiliknya terus sahaja meredah masuk ke dalam hutan untuk mengembara tanpa sebarang masalah.

Selain daripada rel bumbung yang terdapat untuk memuatkan lebihan muatan di bahagian atas, ketinggian Honda Passport TrailSport ini juga mempunyai kelegaan bumi yang sepatutnya ada bagi sebuah SUV lasak serta bahagian hadapan yang sedikit pendek untuk membolehkan ianya melepasi sudut muka bumi yang mencabar.

Reka bentuk belakang juga kelihatan rugged dengan skid plate yang serupa dan juga terdapat perkataan PASSPORT yang ditempa pada bahagian pintu belakang.

Trenkuasa model ini menggunakan enjin 3.5 liter V6 yang digandingkan dengan kotak gear auto 10 kelajuan. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 285 HP. Enjin yang telah ditala semula ini merupakan enjin model Honda Passport pertama yang menerima sistem Honda i-VTM4 pacuan semua yang menampilkan unit pacuan roda belakang lebih berkuasa dengan kapasiti tork 40% lebih berkuasa dan 30% lebih berkuasa untuk mengoptimumkan cengkaman untuk semua senario pemanduan.

Bahagian kabin juga telah dipertingkatkan terutamanya bahagian kerusi kedua untuk memberikan lebih ruang tempat kaki serta ruang kargo yang lebih luas. Tempat duduk kini juga dilengkapi dengan Body Stabilizing untuk mengurangkan kelesuan terhadap pemandu dan penumpang.

Paparan digital kluster kini menggunaka skrin bersaiz 10.2 inci serta sistem infohiburan menggunakan skrin bersaiz 12.3 inci lengkap dengan fungsi Android Auto dan juga Apple Car Play.

Honda Passport TrailSport ini juga turut dipasang dengan sistem kamera TrailWatch yang akan memaparkan grafik laluan tayar untuk membantu pemandu mengharungi halangan lebih mudah.

Honda Passport TrailSport baharu ini akan dibina di Honda Auto Plant yang terletak Lincoln, Alabama Amerika Syarikat.

BACA : HONDA PASSPORT 2022. REKAAN AGRESIF, V6 NA 280HP, VARIAN TRAILSPORT

BACA : HONDA PASSPORT 2019 – DULU ISUZU RODEO SEKARANG BARU ORIHONDA

Google ads

B K

Back to top button