HONDA RS150R TERIMA WARNA BAHARU – MAT GRAY & YELLOW DAN MAT GRAY & RED, HARGA BERMULA RM8.2K
Boon Siew Honda hari ini mengumumkan Honda RS150R kini tampil dengan pilihan warna baharu iaitu Mat Gray & Yellow dan Mat Gray & Red.
Dari segi spesifikasi, ia masih kekal dipacu oleh enjin DOHC 149.2 cc, penyejuk cecair, empat injap, menghasilkan 15.8hp pada 9,000rpm, tork 13.6Nm pada 7,000rpm.
Nadi berkenaan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan, klac manual, dan pacuan rantai untuk prestasi tunggangan yang sangat baik sama ada di lebuh raya atau di bandar.
Perincian lain termasuklah menggunakan lampu depan LED, meter kelajuan digital dan brek cakera belakang.
Untuk makluman, Honda RS150R dalam warna baharu akan tersedia di semua pengedar Honda sah dan terpilih di seluruh negara mulai 24 November 2023.
Ia boleh dimiliki pada harga bermula RM8,299 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
GALERI:
- BACA: BOON SIEW HONDA TAWAR PAKEJ HARGA TETAP UNTUK HONDA RS-X, HARGA RM11.6K – HANYA DI IMPIAN X
- BACA: BOON SIEW PERKENAL HONDA CBR150R EDISI REPSOL. TERHAD 800 UNIT, BERMULA RM13,499
- BACA: BOON SIEW HONDA LANCAR RS-X EDISI REPSOL. TERHAD 5,000 UNIT SAHAJA, BERMULA RM9,948
- BACA: BOON SIEW HONDA LANCAR DASH125 2022. 3 WARNA PILIHAN, EURO4, HARGA SEUNIT RM6,449