Buletin

BYD DAN SIME DARBY MOTORS PERKENALKAN ‘EXPLORE SHENZEN WITH BYD’ – BERPELUANG MEMENANGI LAWATAN KE IBU PEJABAT BYD

BYD dan Sime Darby Motors baru-baru ini memperkenalkan kempen ‘Explore Shenzhen with BYD’,  di mana pelanggan BYD Malaysia kini berpeluang untuk memenangi lawatan ke Shenzhen, China, dan lawatan eksklusif ke ibu pejabat BYD.

Kempen ini memberikan peluang eksklusif kepada pemilik BYD di Malaysia untuk menyaksikan sendiri inovasi teknologi termaju jenama itu, termasuk teknologi bateri bilahnya dan merasai perjalanan inovatif BYD.

BYD ATTO 3 telah memberi impak ketara kepada pasaran kenderaan elektrik Malaysia, dengan reka bentuk kreatif  serta dinamik pemanduan yang mantap.

Sementara itu, BYD Dolphin, tambahan baharu kepada pasaran kenderaan elektrik Malaysia, menonjol dengan reka bentuk selain, harganya yang terjangkau.

Pelanggan yang membeli EV BYD dan mendaftar kenderaan mereka semasa tempoh peraduan layak secara automatik untuk kempen.

Pemilihan pemenang dibahagikan kepada dua tempoh bulanan:

  • Tempoh 1: 1 November 2023, hingga 30 November 2023
  • Tempoh 2: 1 Disember 2023, hingga 31 Disember 2023

Tiga pemenang bertuah akan dipilih secara rawak untuk setiap tempoh bulanan, dengan pemberitahuan dihantar melalui panggilan telefon atau e-mel pada bulan berikutnya.

Google ads
Back to top button