Motosikal

BOON SIEW PERKENAL HONDA CBR150R EDISI REPSOL. TERHAD 800 UNIT, BERMULA RM13,499

Sejak dilancarkan pada September 2021, Honda CBR150R telah memperoleh reputasi yang baik dalam segmen supersports tempatan menerusi prestasi, gaya dan cirinya tersendiri.

Justeru, Honda CBR150R dengan liveri Repsol yang ikonik diperkenalkan bagi menyerlahkan lagi reka bentuknya yang sporty dan agresif. Warna oren dengan logo

Repsol dibalut bersama jalur putih dipaparkan pada tepi motosikal. Manakala warna hitam diletakkan di fender bawah.

Rim berwarna oren pula memberikan CBR150R sentuhan atletik apabila berada di atas jalan. Tarikan jentera itu ditingkatkan melalui sistem lampu LED penuh dan dwi-lampu LED hadapan yang diambil daripada DNA CBR250RR.

Ciri-ciri lain yang ada pada CBR150R termasuklah brek cakera beralun dan panel meter digital penuh yang memaparkan pelbagai maklumat kepada penunggang.

Motosikal itu menggunakan enjin DOHC 150cc dengan sistem penyejukan cecair yang mampu menjana kuasa maksimum 16hp pada 9,000rpm dan tork 13.7Nm pada 7,000rpm.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan untuk memberikan prestasi terbaik dalam kelasnya.

CBR150R turut dilengkapi sistem brek anti kunci (ABS) dua saluran (ABS) yang memberi keyakinan ketika membrek. Ciri Slipper Clutch disediakan untuk meningkatkan pengalaman penunggang dengan operasi klac yang lebih mudah dan selesa.

Hanya 800 unit Honda CBR150R Edisi Repsol akan ditawarkan kepada orang ramai.

Pemilihan warna sedia ada masih ditawarkan seperti biasa.  

Maklumat lanjut mengenai Honda CBR150R Edisi Repsol, pelanggan boleh mengunjungi pengedar Honda atau hubungi nombor bebas tol Honda di talian 1-800-88-3993 atau layari www.boonsiewhonda.com.my

GALERI

Google ads
Back to top button