Motosikal

HONDA RS150R 2022 TERIMA ENJIN EURO4, 3 WARNA BAHARU. BERMULA RM8,299 SEUNIT

Boon Siew Honda melancarkan kapcai popularnya Honda RS150R yang kini tampil dengan warna dan  jalur baharu.

Ditawarkan pada harga bermula RM8,299 seunit, anda boleh memilih di antara warna merah, biru atau kelabu metalik/kuning. 

Sejak diperkenalkan pada tahun 2016, Honda RS150R mempunyai daya tarikan tersendiri. Kapcai tersebut dilihat berjaya mengukuhkan kedudukannya di Malaysia dengan prestasi tunggangan yang mengujakan, di samping  reka bentuk sporty. 

RS150R tahun 2022 dilengkapi dengan enjin yang mematuhi piawaian emisi Euro4, selain penambahan muffler baharu memberikan penampilannya lebih menarik. 

Jentera itu dikuasakan oleh enjin empat lejang DOHC 149.2cc dengan sistem penyejukan cecair yang mampu menjana 11.8kW pada 9,000 rpm dan tork 13.6Nm pada 7,000 rpm.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan dan klac manual serta pemacu rantai. 

Gabungan tersebut memberi RS150R prestasi menunggang yang cukup lengkap sama ada di lebuh raya mahupun di bandar. 

Aspek utiliti RS150R telah dipertingkatkan untuk penggunaan yang pelbagai, dengan output enjin yang lebih berkuasa dan menambah baik pengalaman ketika menunggang. Ciri-ciri canggih yang lain termasuklah lampu utama LED, meter kelajuan digital dan brek cakera belakang. 

GALERI

Google ads
Back to top button