
HONDA RS-X TAMPIL DENGAN WARNA BAHARU – TRICO WHITE EDITION DAN RADIATE GRAY METALLIC, HARGA BERMULA RM9.6K
Boon Siew Honda hari ini memperkenalkan Honda RS-X dengan pilihan warna baharu iaitu Trico White Edition dan Radiate Gray Metallic.
Sejak diperkenalkan pada 2021, Honda RS-X nyata meraih populariti dalam kalangan pengguna Malaysia yang menghargai gabungan sempurna gayaan sporty, prestasi terbaik dan ciri-ciri termaju.
Reka bentuk RS-X yang agresif dipadankan dengan ciri berteknologi maju seperti Anti-lock Braking System (ABS) satu saluran di roda hadapan.

Ciri canggih lain termasuklah dilengkapi lampu LED penuh, Speedometer Digital Penuh dan pembuka tempat duduk untuk kemudahan tambahan kepada penunggang.
Dari segi kuasa, ia dijana oleh enjin 6-Kelajuan 150cc DOHC yang mematuhi EURO 4, berupaya menghasilkan 15.8hp pada 9,000rpm dengan tork 13.6Nm pada 7,000 rpm.
Untuk makluman, Honda RS-X dalam warna baharu akan tersedia di semua pengedar Honda sah dan terpilih di seluruh negara mulai 24 November 2023.
Untuk harga, jentera dengan pilihan warna Trico White Edition dijual pada harga bermula RM9,748 manakala warna Radiate Gray Metallic diberi tanda harga RM9,698.
Harga dinyatakan di atas adalah tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
GALERI:












- BACA: BOON SIEW HONDA LANCAR RS-X EDISI REPSOL. TERHAD 5,000 UNIT SAHAJA, BERMULA RM9,948
- BACA: BOON SIEW HONDA LANCAR DASH125 2022. 3 WARNA PILIHAN, EURO4, HARGA SEUNIT RM6,449
- BACA: BOON SIEW HONDA DEDAH WARNA BAHARU CB650R, CBR650R. HARGA BERMULA RM43,499
- BACA: HONDA RS150R TERIMA WARNA BAHARU – MAT GRAY & YELLOW DAN MAT GRAY & RED, HARGA BERMULA RM8.2K







