Buletin

HONDA SELESAI UJI PROTOTAIP AWV – JENTERA SWAPANDU KEGUNAAN TAPAK PEMBINAAN

‘Kereta’ comel tanpa sebarang kehadiran roda stereng ini sebenarnya merupakan sebuah model prototaip Autonomous Work Vehicles (AWV) yang dihasilkan oleh Honda.

Dan baru-baru ini, mereka telah pun melengkapkan ujian model prototaip AWV tersebut di tapak pembinaan ladang solar Black & Veatch yang terletak di New Mexico.

Di sana, AWV ini amat berguna untuk beberapa tujuan, seperti contoh mengangkut muatan air dan bekalan keperluan, serta boleh digunakan untuk menunda muatan.

Menurut Honda, model AWV mampu bergerak sejauh 45 km (bergantung kepada cara penggunaan), membawa muatan seberat 399 kg, menunda muatan sehingga 721 kg, berkeupayaan untuk bekerja sehingga lapan jam di dalam persekitaran suhu tinggi, serta mempunyai kelengkapan penderia termasuk radar, lidar, dan kamera stereoskopik.

Dengan menggunakan antaramuka aplikasi berasaskan awan, operator mampu menetapkan lokasi sasaran dengan lebih tepat, serta menetapkan titik mula dan titik berhenti bagi pergerakan AWV.

Disebabkan ia berkuasa elektrik sepenuhnya, AWV memerlukan masa kira-kira enam jam untuk dicas penuh.

Google ads
Back to top button