Buletin

PORSCHE LANCAR TAYCAN GTS, TAYCAN SPORT TURISMO 2022

Porsche baru-baru ini membawakan penambahan dua versi Taycan yang terbaharu, iaitu Taycan GTS dan Taycan Sport Turismo.

Taycan GTS

Diposisikan antara varian Taycan 4S dan Taycan Turbo, Taycan GTS mampu menghasilkan kuasa setinggi 598 PS yang membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.7 saat dan kelajuan maksimum 250 km/j.

Taycan GTS juga merupakan model Taycan pertama yang mampu mencapai jarak operasi melebihi 500 km (atau lebih tepat lagi 504 km mengikut data WLTP).

Dari segi kelengkapan, ia membawakan sistem suspensi udara adaptif, Porsche Active Suspension Management, ciri opsyen stereng gandar belakang, serta ciri bunyi Porsche Electric Sport Sound.

Kemasan warna hitam menguasai elemen yang terdapat pada bahagian luar dan dalaman, seperti contoh apron depan, cermin luar, trim tingkap sisi, serta kemasan Black Race-Tex, trim aluminium diberus dan kemasan hitam anodiza.

TAYCAN SPORT TURISMO

Sementara Taycan Sport Turismo pula merupakan penambahan baharu kepada versi Cross Turismo namun dengan dengan fokus kepada pemanduan atas jalan yang sebenar tanpa elemen off-road.

Sama seperti Cross Turismo, Taycan Sport Turismo juga membawakan garis bumbung yang panjang serta sporti, ruang kepala belakang 45 mm lebih besar, dan ruang kargo yang mampu memuatkan lebih daripada 1,200 liter.

Tidak ketinggalan, untuk Porsche Taycan GTS turut ditawarkan opsyen bumbung panorama dengan ciri Sunshine Control yang menampilkan filem kristal cecair yang mampu mengubah kadar ketelusan cahaya tanpa perlu menggelapkan ruang kabin.

Google ads
Back to top button