
Honda Motor telah mencatatkan satu lagi sejarah penting dalam diari automotif dunia apabila berjaya mencatatkan jualan ke 400 juta unitnya pada tahun ini.
Ia adalah satu pencapaian luar biasa bagi sebuah syarikat Jepun yang tak dikenali langsung dalam arena automotif di mana ketika Eropah mendahului apa juga aspek teknologi.
Mengambilkira hanya pada 1963 Honda “keluar” dari pasaran Jepun, kejayaan menghasilkan 200 juta unit pada 2008 dan hanya memerlukan lapan kemudian untuk dapatkan angka 400 juta. ia memang pencapaian yang cukup membanggakan.
Honda secara umumnya ditubuhkan pada 1948 namun untuk produksi motosikal luar Jepun, hanya bermula pada 1963 di kilang pertama mereka di Belgium. Sejak itu, Honda kini sudah mempunyai 35 buah kilang di seluruh dunia di semua benua, Eropah, Asia, Afrika dan Amerika.

Honda mempunyai rangkaian produk motosikal paling menyeluruh berbanding mana-mana pembuat motosikal lain di dunia. Mereka ada motosikal sekecil 50cc seperti Monkey dan Dunk sehinggalah motosikal juara Dunia CBR Marq Marquez dan juga touring paling agung Honda Goldwing 1800cc.
Momentum jualan Honda memuncak pada tahun lepas dengan purata jualan sebanyak 20 juta unit setahun. Ia bersamaan dengan 54,794 unit berjaya dijual setiap hari dan ketika anda membaca artikel ini, sebanyak 40 buah motosikal Honda sudah pun bertukar milik!