Artikel Pilihan

BICARA TEKNIKAL: PETRONAS SPRINTA ULTRAFLEX™

Bila kita mengadakan perbincangan berkenaan minyak enjin samaada untuk kegunaan kereta ataupun motosikal, ia merupakan satu tajuk yang agak sensitif untuk dibincangkan secara terbuka sama seperti berbincang mengenai politik negara. Setiap individu dan organisasi akan mempunyai pilihan tersendiri mengenai minyak pelincir yang disukai untuk digunakan. Ada yang memilih sebab warna, sebab jenama ataupun teknologi yang digunakan

Ya minyak enjin merupakan pelincir yang dihasilkan melalui aplikasi kejuruteraan yang tinggi yang melibatkan pelbagai disiplin ilmu. Ia tidak semudah menuangkan minyak masak dalam enjin dan berharap komponen mekanikal akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan minyak enjin motosikal yang perlu melincirkan komponen enjin dan juga sistem transmisi.

Berbanding dengan minyak enjin kereta yang khusus digunakan untuk melincirkan komponen enjin sahaja, minyak motosikal menerima bebanan tugas yang lebih berat dan mencabar walaupun motosikal yang anda tunggang hanya dipandu untuk ke pejabat dan masjid sahaja. Haba ynag dihasilkan oleh proses pembakaran dan geseran mekanikal dari komponen (tekanan ricih) yang bergerak akan diserap oleh minyak dan menyebabkan prestasi pelinciran merosot

Akibatnya minyak enjin tidak lagi mampu mengekalkan kelikatan minyak yang diperlukan oleh enjin lantas enjin dan transmisi mula menghasilkan bunyi yang tidak sedap didengar dan kelancaran operasinya akan terjejas. Malah jika tidak ditukar dengan kerap, minyak enjin ini akan bertukar menjadi deposit kotoran yang akhirnya menjejaskan prestasi enjin.

Kunci kepada penyelesaian masalah ini ialah terletak kepada kemampuan jurutera bendalir menghasilkan rantaian polimer enjin yang kuat dan tidak akan putus bagi mengekalkan kelikatan minyak enjin. Jadi disini PETRONAS memperkenalkan teknologi UltraFlex™ pada minyak motosikal terbaru mereka iaitu PETRONAS Sprinta F900 10W-40. Teknologi ini mengekalkan kekuatan polimer minyak enjin bagi melawan tekanan ricih dan haba yang dihasilkan semasa enjin beroperasi.

Bagi memastikan minyak mtosikal PETRONAS Sprinta F900 ini sesuai untuk melindungi enjin motosikal 4 lejang, sistem klac, sistem transmisi dalam keadaan tunggangan biasa dan juga mencabar. PETRONAS telah memastikan minyak ini memenuhi 2 standard pelinciran utama dunia iaitu Assosiation of Petroleum Industry API SN. Minyak pelincir Standard SN direka khas untuk melawan pembentukan deposit kotoran pada piston, melawan pembentukan enap cemar dan menghasilkan kedapan pada piston bagi melawan fenomena blowby.

JASO pula merujuk kepada Japanese Automotive Standard Organization merupakan gabungan 6 organisasi yang akan menguji dan menilai minyak pelincir bagi kegunaan kereta enjin petrol, kereta enjin disel dan juga motosikal. Selepas diuji secara ekstensif, JASO memberi penarafan MA2 kepada minyak ini dimana kandungan minyak PETRONAS ni memiliki Dynamic Friction antara 1.8 hingga 2.5 dan Static Friction antara 1.7 hingga 2.5. JASO MA2 merupakan gred tertinggi setakat ini yang diberikan oleh JASO

Penggunaan minyak enjin motosikal PETRONAS Sprinta UltraFlex™ ini menghasilkan perlindungan enjin pada komponen mekanikal yang lebih naik, melawan pembentukan enap cemar dalam enjin, memberi perlindungan dari proses pengoksidaan, menghasilkan pecutan yang lancar dengan mengelakkan klac tergelincir, dan ia dihasilkan dengan minyak enjin sintetik memberikan perlindungan yang baik samaada dari suhu sejuk sehingga suhu yang tinggi.

Tags
Google ads
Back to top button