Buletin

BUDAK GORES KERETA AUDI, BAPA KENA BAYAR GANTI RUGI RM41K!

Seorang budak perempuan berusia tiga tahun dilapor membuatkan ibu bapanya membayar ganti rugi sebanyak AS$10,000 (RM41,000).

Memetik laporan agensi beriya 7News, sepasang suami isteri membawa anak perempuan mereka ke sebuah pengedar Audi di China. Tidak memerhatikan anak mereka, budak itu kemudian mengambil seketul batu dan mula melukis gambar atau menggores sepuluh buah kereta yang ada di sana.

Laporan itu bagaimanapun tidak memperincikan kenderaan yang terlibat, tetapi sebuah Q3 dan Q8 antara yang menjadi mangsa. Pastinya Q8 yang merupakan model terbaharu hadir dengan harga yang mahal.

Seperti yang boleh dijangka, pengedar Audi tersebut berang dan menyaman bapanya. Walaupun goresan itu tidaklah terlalu serius, tetapi mereka mendakwa kereta terbabit tidak boleh dijual sebagai unit baharu kerana terpaksa dicat semula.  

Jika pengedar itu menjualnya sebagai kereta baharu, ia boleh disaman kerana pengiklanan yang mengelirukan dan perlu membayar tiga kali ganda lebih tinggi berbanding harga jualan.

Jadi, kereta yang dicat semula perlu dijual sebagai unit terpakai dan semestinya menurunkan nilainya. Bukan itu sahaja, mereka juga peril mengeluarkan wang untuk proses cat semula itu.

Bagi mengurangkan kerugian nilai, pengedar terbabit mahu bapa itu membayar sekurang-kurangnya AS$28,493 (RM118,000).

Dia bagaimanapun menolak angka itu, kedua-dua pihak kemudian bertuju untuk membayar AS$10,000 (RM41,000) sahaja. Malang betul nasib. Nak marah pun tak boleh buat apa juga.

Google ads
Back to top button