Buletin

HONDA WR-V SPECIAL EDITION: TERHAD 99 UNIT, HARGA BERMULA RM107K

Honda Malaysia hari ini secara rasmi memperkenalkan WR-V Special Edition dan hanya ditawarkan 99 unit sahaja.

Model ini tampil dengan pelbagai ciri luaran baharu seperti lencana Special Edition dan Front, Side,serta Rear Under Spoilers.

WR-V SE juga dilengkapi dengan Honda Digital Video Recorder (DVR), kemasan paip ekzos, penutup panel belakang, dan hiasan sisi langkah.

WR-V SE ini ditawarkan satu pilihan warna sahaja iaitu Stellar Diamond Pearl.

Kelengkapan lain adalah sama, skrin sesentuh 7-inci untuk sistem infotainmen Display Audio, ketersambungan telefon pintar, suis arahan suara, port kuasa pada tempat duduk belakang, dan juga sistem penghawa dingin dengan kawalan digital.

Perincian lain termasuklah rim aloi dwi-tona bersaiz 17-inci serta kemasan jahitan merah pada tempat duduk, perehat lengan belakang, enam-pembesar suara dan Honda Connect telematik.

Sistem keselamatan pasif pula terdiri daripada Bantuan Kestabilan Kenderaan, Bantuan Permulaan Bukit, empat beg udara, ABS dan EBD manakala varian RS mempunyai enam beg udara.

Beralih kepada kuasa, ia kekal dipacu oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC, menghasilkan 119hp serta tork 145Nm. Nadi berkenaan dipadankan bersama Transmisi CVT teknologi G-design untuk keseimbangan antara prestasi dan bahan api.

Untuk harga pula, ia boleh dimiliki pada harga bermula RM107,900 tanpa insurans.

GALERI:

Google ads
Back to top button