Buletin

MERCEDES-BENZ W214 E-CLASS 2024 TIBA DI MALAYSIA – DUA VARIAN; E200 DAN E350e, HARGA BERMULA RM355K

Mercedes-Benz Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan model terbaru W214 E-Class CKD (completely knocked down) serba baharu di Malaysia, ditawarkan dalam dua varian: E200 dan E350e AMG Line.

Dari segi dimensi, W214 Mercedes-Benz E-Class baharu ini berukuran 4,949mm panjang, 1,880mm lebar, 1,468mm tinggi, dengan jarak roda 2,961mm dan ruang but berkapasiti 540 liter.

Reka bentuk luaran W214 ini menampilkan bahasa rekaan yang serba baharu, selari dengan model-model terkini Mercedes-Benz seperti S-Class dan C-Class.

Kedua-dua model ini dibezakan melalui trim luaran masing-masing; E200 hadir dengan pakej luaran Avantgarde manakala E350e AMG Line dilengkapi trim lebih sporty, khas untuk peminat AMG.

Bagi ciri standard, kedua-dua varian ini menawarkan kelengkapan berikut:

Mercedes-Benz E200 Avantgarde:

  • Pakej luaran Avantgarde
  • Lampu hadapan LED Prestasi Tinggi dengan assist lampu tinggi adaptif
  • Lampu belakang LED sepenuhnya
  • Rim aloi 18 inci
  • Suspensi rendah yang lebih selesa

Mercedes-Benz E350e AMG Line:

  • Pakej luaran AMG Line
    • Gril corak Mercedes-Benz
    • Rim aloi AMG multi-jejari 19 inci
    • Lampu hadapan LED Prestasi Tinggi
    • Sunroof panoramik gelangsar

Salah satu ciri baharu yang menarik adalah Digital Vehicle Key, kini boleh digunakan dengan iPhone dan Apple Watch, membolehkan pemilik berkongsi kunci digital sehingga 16 orang pada satu masa.

Bagi pilihan enjin, berikut adalah spesifikasinya:

Mercedes-Benz E200 Avantgarde:

  • Enjin: 2.0L 4-silinder turbo
    • Kuasa maksimum: 204hp
    • Tork maksimum: 320Nm
    • Kuasa tambahan ISG: 23hp
    • Tork tambahan ISG: 205Nm
    • Transmisi: 9G-Tronic automatik
    • Pecutan 0-100 km/j: 7.5 saat
    • Kelajuan maksimum: 240 km/j

Mercedes-Benz E350e AMG Line (PHEV):

  • Enjin: 2.0L 4-silinder turbo
    • Kuasa maksimum: 204hp
    • Tork maksimum: 320Nm
    • Kuasa tambahan ISG: 95hp
    • Tork tambahan ISG: 440Nm
    • Jumlah kuasa sistem: 230hp
    • Jumlah tork sistem: 550Nm
    • Transmisi: 9G-Tronic automatik
    • Pecutan 0-100 km/j: 6.4 saat
    • Kelajuan maksimum: 236km/j

Menjengah dalam kabin, ia dilengkapi Superscreen, evolusi daripada Hyperscreen dalam model EQS, kini tersedia buat kali pertama dalam E-Class.

Penumpang hadapan turut mempunyai skrin pilihan – skrin ini dilengkapi dengan teknologi penyekat pandangan dari pemandu untuk mengelakkan gangguan semasa memandu.

Sistem MBUX terbaru kini menyokong aplikasi popular seperti TikTok, Angry Birds, Webex, Zoom, dan Vivaldi.

Selain itu, terdapat juga kamera terbina untuk panggilan video, sementara ikon yang direka semula oleh Mercedes-Benz dikatakan lebih intuitif dan mudah digunakan.

Sistem pencahayaan Active Ambient yang baru pula diselaraskan dengan visualisasi muzik, di mana cahaya ambient berinteraksi dengan rentak muzik.

Bagi peminat audio, sistem bunyi Burmester 4D tersedia sebagai pilihan tambahan untuk pengalaman bunyi yang mengagumkan.

Dari segi sistem bantuan pemandu, model ini didatangkan dengan pelbagai ciri keselamatan seperti;

  • Active Distance Assist
  • Attention Assist
  • Active Brake Assist
  • Active Lane Keeping Assist
  • Parking Package bersama reverse camera
  • Speed Limit Assist

Turut disertakan adalah sistem Active Emergency Stop Assist, Driving Assistance Plus, yang menambah Active Steering Assist untuk fungsi penjagaan lorong.

W214 Mercedes-Benz E-Class kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM355,888 (Mercedes-Benz E200 Avantgarde) dan Mercedes-Benz E350e AMG Line diberi tanda harga RM418,888.

GALERI:

Mercedes-Benz E200 Avantgarde:

Mercedes-Benz E350e AMG Line:

Google ads
Back to top button