Artikel Pilihan

LELAKI INI PANDU PORSCHE 911 TURBO MILIK BELIAU SETIAP HARI – INI CARA BETUL GUNA KERETA SPORTS

Ramai antara kita suka memandu dan antara kita yang memiliki kereta sports dan termasuklah supercar eksotik. Tapi berada ramai antara kita yang sanggup memandunya setiap hari seperti Tom Thalman dan Porsche 911 Turbo milik beliau. Sejak membelinya, Tom telah memandu 911 Turbo beliau sejauh 1,087,916 kilometer! Pergh, nak beli ikan kat pasar pun confirm guna Porsche bos.

Ia bukannya sesuatu yang pelik kerana Porsche sebenarnya memang mempunyai reputasi yang baik berbanding pesaingnya. Ia lebih tahan lasak dan lebih boleh diharap. Jarang kita nampak Porsche tersadai tepi jalan ataupun rosak pelik-pelik. Err, sebab tak banyak Porsche kat Malyasia kot?

Tapi secara serius kawan PokYa yang pakai Porsche pun cakap kereta ni tak banyak kerenah. Tapi bukan untuk model 996 911 Turbo kerana model ini boleh tahan juga cerita tentang kerosakannya jika dibaca dalam talian.

Masalah utama biasanya pada bearing IMS yang jika dibiarkan lama kelamaan akan menjahanamkan enjin. Tapi ia cuma pernah berlaku sekali pada Thalman kerana menurut beliau, penjagaan dan servis secara berkala akan memastikan tiada masalah serius berlaku pada enjin Porsche beliau. Sama juga pada kereta-kereta lain sebenarnya. Kena servis wei jangan main lenjan 365 hari setahun.

Enjin Porsche beliau cuma pernah dikeluarkan sekali untuk memperbaiki kebocoran minyak pelincir. Sewaktu dibuka mekanik mendapati semua komponen berada dalam keadaan baik (kecuali bahagian yang bocor la).

Jadi alang-alang dah buka enjin mereka terus melakukan proses overhaul untuk beberapa komponen tertentu. Ia dilakukan sewaktu perbatuan mencecah 500,000 kilometer dan mereka turut menggantian pengecas turbo sebagai langkah berjaga-jaga selepas mendapati dua unit bearing kelihatan sedikit haus. Enjin Turbo boleh bertahan sejauh tu memang ajaib wei.

Walaupun biasa bagi Porsche bertahan sehingga sejuta kilometer tapi kerosakan enjin yang serius tapi yang ini memang luar biasa kerana ini model prestasi tinggi. Jarak pemanduan pun boleh tahan sebab Thalman turut menggunakan Porsche ini untuk pemanduan jarak jauh. Supercar Itali boleh ke pandu setiap hari macam ni?

Mamat ni pun memang cool habis la. Abang Japar kau pun tak bawak Miata hari-hari tau. Dilanyaknya Porsche 911 Turbo ni macam bawak Alza je. Tabik ah.

Google ads
Back to top button