Buletin

HYUNDAI DAN AUDI SEPAKAT UNTUK BANGUNKAN TEKNOLOGI HIDROGEN

Walaupun majoriti penggiat industri automotif percaya bahawa masa hadapan dunia ini adalah tentang teknologi elektrifikasi, masih ada pengeluar yang percaya tenaga alternatif yang lain.

Honda misalnya, menongkah arus dengan membangunkan teknologi hidrogen. Ia bukanlah retorik semata-mata, ia memang dibangunkan dengan serius seperti model sel bahanapi Clarity. Toyota, walaupun masih percaya kombinasi hybrid enjin petrol dan elektrik, juga melabur besar pada teknologi hidrogen menerusi model Mirai.

BACA: HONDA CLARITY MULA DIJUAL DI JEPUN

teknologi hidrogen juga menarik minat Hyundai untuk dibangunkan. Namun memandangkan pebangunannya yang berkos tinggi dan mahal. Hyundai mencari rakan kongsi yang boleh membangunkannya bersama.

Mereka bercakap dengan Audi dan ternyata kedua-dua syarikat dari benua berbeza dan dua segmen berbeza ini mempunyai aspirasi yang sama. 

Hyunda dan Audi telah bersetuju menjalinkan kerjasama panjang untuk membangunkan teknologi hidrogen bersama. Buat permulaan, Hyundai akan membekalkan kepada Audi peralatan dan pembangunan sedia ada bagi model iX35 fuell cell dan Nexo. Sebagai balasan, Audi akan meluaskan pembangunan bagi peralatan FCEV tersebut.

Perjanjian tersebut juga meliputi Kia dan syarikat induk Audi Volkswagen yang memberi peluang kepada semua syarikat ini untuk mengakses teknologi yang bakal dibangunkan bersama. 

Menerusi gabungan ini, pembangunan dapat dilakukan dengan lebih pantas.

“Perjanjian ini adalah contoh komitmen Hyundai untuk dunia yang lebih bersih. Teknologi kenderaan berkuasa hidrogen ialah yang benar-benar emisi sifar,” Naib presiden Hyundai, Euisun Chung memberitahu media.

“Kami yakin dengan kerjasama Hyundai Motor Group-Audi akan memberi manfaat sepenuhnya kepada masyarakat dunia dalam segmen FCEV,” ujar Ahli Lembaga Pengarah Audi, Peter Mertens

 

 

 

 
Google ads
Back to top button