
Buletin
HYUNDAI SAHKAN N VISION 74 TAKKAN JADI KENYATAAN
Gergasi automotif Korea Selatan, Hyundai menafikan laporan memberikan lampu hijau untuk mengkomersialkan model konsep Hyundai N Vision 74.
Laman Wikitree turut mendedahkan tiada sebarang acara “Pony Day” yang dirancang oleh Hyundai untuk penghujung bulan ini di mana Hyundai sebelum ini dilapor akan mendedahkan model produksi N Vision 74.
Wakil jurucakap Hyundai mengesahkan model N Vision 74 akan kekal menjadi sebuah model konsep one-off dan tidak akan dihasilkan untuk pasaran massa.
Namun begitu, Hyundai tetap akan menampilkan interpretasi moden bagi model asal Pony Coupe dari tahun 1974.
Seperti model-model konsep yang sebelum ini dihasilkan, Pony Coupe 2023 itu dijangka akan menjadi sebuah model binaan sekali sahaja (one-off). – Wikitree