
HYUNDAI SANTA CRUZ 2023 MUNCUL DENGAN PAKEJ NEW NIGHT
Hyundai baru-baru ini melancarkan trak pikap unibody Santa Cruz 2023 ke pasaran Amerika Syarikat. Sudah memasuki tahun kedua pengenalannya, Santa Cruz kini hadir dengan pakej New Night yang menyaksikan harganya naik sebanyak AS$1,780 (RM7900).
Bahagian luar Santa Cruz Night menampilkan gril krom dan fasia bawah berwarna gelap. Perumah cermin sisi dan hendal pintu juga berwarna hitam berkilat. Rim 20 inci pula terdapat kemasan bayang-bayang. Dua pemijak kaki memudahkan urusan masuk ke dalam trak.
Gred Santa Cruz Night mempunyai semua peralatan dari tahap trim Aktiviti SEL untuk pacuan semua roda dan mempunyai rangkaian kuasa yang sama seperti tahun lepas.
Enjin asas ialah 2.5 liter empat silinder yang menghasilkan 191 kuasa kuda dan tork 332Nm. Pilihan enjin yang lain ialah empat silinder pengecas turbo 2.5 liter yang menawarkan kuasa mencecah 281hp dan tork 572Nm.

Santa Cruz hanya ditawarkan untuk beberapa bulan pada 2021 dan sebanyak 10,042 penghantaran telah dibuat pada pada tahun lalu. Dari Januari sehingga Julai 2022, Hyundai menyerahkan 21,004 unit Santa Cruz kepada pelanggan.