Buletin

IJA NIZARUDDIN, ADIK DIHUKUM PENJARA SEBULAN, DENDA RM1,500

Pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, dikenali sebagai Ija dan adiknya yang membuat laporan palsu dijatuhkan hukuman penjara selama sebulan dan denda RM1,500 di Mahkamah Majistret Muar pada Jumaat.

Majistret Suzana Mokhtar membuat keputusan itu selepas Tengku Nizaruddin dan adiknya Tengku Abdul Aziz, 30, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan jurubahasa terhadapnya.

Mahkamah memutuskan Ija boleh dipenjara tiga bulan manakala Tengku Aziz enam bulan jika gagal bayar denda dengan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh sabitan pada Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan misteri kehilangan Ija terjawab apabila lelaki itu didapati masih hidup dan melarikan diri ke negara jiran.

Perkara itu terbongkar selepas wujud keraguan dalam laporan dikemukakan pada hari kejadian sehingga polis percaya kehilangan berkenaan direka-reka oleh Ija termasuk bersuhabat dengan adiknya. – Sinar Harian

Google ads
Back to top button