Artikel Pilihan

NISSAN MUNGKIN TERPAKSA JUAL IBU PEJABAT UNTUK TERUSKAN HIDUP – MAYDAY MAYDAY

Dalam keadaaan terdesak langkah yang drastik terpaksa diambil. Dalam usaha untuk mengurangkan kos operasi demi meneruskan hidup, Nissan mungkin terpaksa menjual ‘rumah’ milik mereka. Bangunan ibu pejabat (HQ) yang dimaksudkan beralamat di Minato-Mirai 21 District dan dianggarkab bernilai USD700 juta (tak payah tukar dalam RM la kot? Banyak sangat).

Laporan terbaru dari Nikkei Asia mendakwa ibupejabat Nissan itu tersenarai dalam aset-aset yang akan dijual Nissan menjelang penghujung Mac 2026. Walaupun tidak dinyatakan secara jelas oleh CEO Nissan yang baharu tapi agensi penyiaran Jepun (NHK) turut yakin bangunan tersebut akan dijual.

Tapi tak payah bimbang sangat sebab walaupun HQ Nissan ini bakal dijual, mereka masih akan kekal menggunakannya secara sewaan dari pemilik baharu. Ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana McLaren juga pernah mengambil langkah yang sama beberapa tahun lepas. Mereka telah menjual HQ mereka di Woking sebelum menyewanya kembali untuk mengurangkan kos dan bebanan hutang.

Ia merupakan antara langkah drastic yang terpaksa diambil selepas mereka menanggung kerugian sebanyak USD4.5 billion tahun lepas. Tujuh kilang mereka terpakas ditutup dan 20,000 pekerja akan diberhentikan menjelang tahun berikutnya.

Dalam perniagaan ni kadang-kadang tak boleh agresif sangat sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Ha apa lagi tokey-tokey kosmetik timbang kilo yang suka guna nama HQ tu, inilah masa untuk korang beli bangunan HQ sebenar. Kat Jepun lagi boh. Siapkan je duit banyak-banyak.

Google ads
Back to top button