#IKLANPILIHAN: INI IKLAN KREATIF YANG BUAT KAMI TERGELAK! BMW K1600 BAGGER!
Ini iklan jualan motor yang wajib kalian share sebab siapa yang beli memang untung.
Arwah mak saya pernah kata, MEMBACA ITU AMALAN YANG MULIA.
BMW K1600 BAGGER for sale.
Nice booking plate number ALF81 worth RM3800.
Motor berstatus import baru, maksudnya, bukan recond.
Didaftarkan pada Jan 2019, tahun dibuat 2018. Motor baru pakai 11 bulan, macam baru.
Mileages 11K km sahaja, low mileage.
Kondisi motor sangat menakjubkan, macam baru.
Motor bebas kemalangan, tak pernah jatuh bodo, jatuh cerdik pun tak pernah.
Owner dipantau sepenuhnya oleh isteri, jadi, motor ini bebas maksiat, tak pernah bawak mana-mana bohsia, Alhamdulillah, payah nak cari bikers yang beriman zaman la ni.
Motor langsung takde masalah apa-apa, baik dari segi enjin atau part luaran.
Lagi pun motor still under warranty 2 years untill Jan 2022, so, pembeli tak perlu risau.
1649cc, boleh pecut 240kmj kalau berani, tapi toksah la, time pecut kalau tiba-tiba kereta keluar lane tak perasan hang, time tu hang brake sampai berdiri, telo mesti naik ke dahi, tak pasai-pasai kena berenti letak balik telo kat tempat asal.
Ya, motor ni didatangkan dengan sound system, dah tentu-tentu ada speaker. Kalau buhsan petang-petang takde ride, pasang la lagu Padle Pop, leh la pi juai aiskrim keliling kampung. 🤣🤣🤣
Dibeli dengan harga RM158k (motor ni memang mahai namatey).
Tapi sekarang nak juai RM119k sahaja termasuk plate number, kalian jimat hampir RM40k, gila untung.
Ulang suara, RM119k sahaja. Nett.
Motor beli cash, jangan gatai nak mintak sambung bayar.
Jika kalian berminat, boleh hubungi saya, motor berada di Kedai Kamera Epoh, Ipoh, Perak.
0195459353 Cikgu E
0195459353 Cikgu E
0195459353 Cikgu E
Nak beli BMW kot, takkan nak wasap bagai, call terus Cikgu E tu, dia tu pak lawak jer orangnya, tak yah nak lagak bagai walaupun nak beli BMW, cakap jer elok-elok ngan dia, kalau pun tak jadi beli, kita kawan sampai mati.