Artikel Pilihan

CHASIS FERRARI 458 UNTUK DIJUAL DI ALIBABA – MASUK ENJIN MYVI PUN BOLEH NI

Ini khas untuk peminat kit car ataupun peminat Ferrari dengan bajet yang tak seberapa. Ramai je sebenarnya yang cuba untuk membina sendiri replika Ferrari di seluruh dunia dan hasilnya walaupun agak ‘lawa’ tapi tetap kelihatan tidak semengah. Kalau pun berjaya meniru chasis, enjinnya pula bunyi macam lori tanah. Kini Alibaba mungkin ada jawapannya. Seorang penjual telah mengiklankan sebuah chasis lengkap Ferrari 458 untuk jualan.

Ia diiklankan oleh Guangzhou Baiyun District Yongping Yttrium Strong Auto Parts Department. Ya memang berbelit sikit namanya tapi memang itu nama syarikat yang mengiklankannya.

Iklannya berbunyi “Ketulenan terjamin: Ini adalah badan asal original, premium OEM terpakai Ferrari F458, yang menjanjikan prestasi paling optima dan kemasan terbaik.” Talak tipu talak sombong munya (yang ni kami tambah sendiri).

Kemudian penerangan itu disambung lagi “Chasis ini direka khas dan bersesuai dengan model-model Ferrari seperti 458 Italia, Speciale dan Spider.” Okey yang Italia dengan Speciale tu kami faham tapi macam mana nak jadikannya Spider? Kena potong bumbung dulu ke?

Apa pun, chasis ini cukup sesuai untuk seorang yang mahu membuat sebuah replika yang lengkap. Kesemua komponen badan berada dalam keadaan baik dan lengkap termasuklah, penutup bonet, bampar, fender, chasis, penutup enjin dan pintu-pintu serta cerminnya sekali. Semuanya cun melecun tanpa kesan kemik.

Harganya? Sudah tentu jauh lagi murah dari sebuah Ferrari 458 yang lengkap. Penjual hanya mahukan USD27,200 (RM124,000) sahaja! Itu belum termasuk kos penghantaran. Cuma kalau nak beli tu pastikan anda mempunyai permit import ataupun dokumen yang diperlukan. Jangan main beli je.

Dah tentu la kena keluar modal lagi untuk lengkapkannya tapi sekurang-kurangnya anda sudah mempunyai sebuah chasis yang cantik bergaya. Kalau tak modal untuk jadikannya sebuah Ferrari pun boleh dijadikan katil ataupun meja makan atau macam-macam lagi.

Kredit carscoop.com

Google ads
"
"
Back to top button