Artikel Pilihan

DUIT TERLALU BANYAK TAPI BINI TAK BAGI PASANG DUA – JOM BELI LITAR POPULAR AMERIKA SYARIKAT

Sebagai peminat kereta sudah tentu sesekali kita terasa untuk menguji kelajuan ataupun kuasa sebenar kenderaan anda. Tempat yang paling selamat semestinya di dalam litar perlumbaan sebenar.

Bila dah ada litar sendiri bolehlah korang nak pandu macam mana sekalipun. Tak ada siap nak marah dan dijamin tak kena speed trap. Jadi belilah litar Willow Springs International Raceway. Boleh berlumba 24 jam sehari selagi larat kalau beli litar ni.

Litar ikonik ini kini dibuka untuk jualan selepas dimiliki oleh Bill Huth dan keluarganya selama 62 tahun. Macam mana agaknya perasaan kalau kita ada litar milik sendiri.

Litar ini adalah seluas 600 ekar dan mempunyai tujuh litar kesemuanya termasuklah litar utama yang dinamakan Big Willow. Big Willow adalah sepanjang 2.5 batu dan masih mengekalkan konfigurasi asal dari tahun 1953. Selain litar utama terdapat juga litar tanah liat bentuk bujur, litar karting dan dua lagi litar bentuk bujur yang berturap.

Jadi tak kiralah kereta apa yang korang miliki semuanya boleh dipandu di sini. Selain daripada binaan litar, kawasan ini turut memilikinya beberapa bangunan yang berpotensi untuk menjana pendapatan.

Terdapat beberapa buah garaj, sekolah perlumbaan, pejabat, ruang makan, kedai cenderamata dan sebuah stesen minyak yang masih mempunyai stok ribuan gelen bahan api. Kem RV pun ada bagi anda yang suka berkembara bersama keluarg dengan menggunakan RV.

Jadi macam mana? Berminat ke tak?

Google ads
Back to top button