Artikel PilihanIklan PilihanModifikasi

#IKLANPILIHAN: RARE. PROTON SATRIA NEO 1.5 TURBO!

Ini sebuah kereta hatchback yang sedap, kalau dibandingkan dengan mana-mana kereta yang berada dalam kategorinya. Proton Satria Neo sudah dihentikan penjualannya dan kalau kau nak beli, kena cari yang terpakai di pasaran.

Selain rekabentuknya yang menarik dan pengendalian yang sedap, Neo ada masalah kekurangan kuasa dari enjin S4PH yang asal. Sebab itu juga ia banyak yang disalin dengan enjin-enjin Jepun. Yang popular tentu sahaja 4G63T dan 4G93T turbo samada GSR atau Evolution.

Dah jadi biasa. Ya. ada banyak yang nak dijual.

Tapi yang ini? kenapa kami pilih dalam segmen #iklanpilihan?

Sebab enjin yang dipilih oleh pemiliknya adalah rare. Kami temui iklan ini dalam laman komuniti pemilik Satria Neo dan ia dipasangkan dengan enjin 1.5 turbo.

Enjin ini datangnya dari “perut” Mitsubishi Colt 1.5 Turbo Ia berkuasa sekitar 150HP dan 210Nm tork. Ia digandingkan dengan transmisi automatik CVT 6 kelajuan.

Berikut adalah perincian iklan tersebut

………………………………………………………………

Engine 1.5cc mivec turbo
full boost 1.5bar
gearbox cvt 6speed auto
tictronic shifting & paddle shift & sport mode
suspension adjustable brand zero one
rim original r3
dashboard custom for meter

………………………………………………………………….

Jika anda berminat, bolehlah menghubungi pemiliknya di SINI

Google ads
Back to top button