
IMAGINASI TENTANG MODEL ASAL SLAVIA B SEBAGAI CAFE RACER DIHASILKAN SEMULA OLEH SKODA AUTO
Keghairahan Skoda Auto terhadap reka bentuk kenderaan telah menjadi penggerak selama lebih 130 tahun yang lalu. Dan kini Skoda Auto telah membayangkan semula melalui rekaan moden dan kontemporari untuk menghasilkan motosikal Slavia B.
Usah berasa sangsi kerana lama dahulu Laurin & Klement adalah individu yang cukup sinonim di awal penubuhan Skoda Auto ini dan telah menghasilkan motosikal yang diberi nama Slavia B sebagai permulaan sejarah Skoda.

Untuk rekod Slavia B telah diperkenalkan kepada umum pada tahun 1899 bersama Slavia A. Ia dikuasakan oleh enjin satu silinder penyejuk udara 240cc dengan output 1.75 kuasa kuda dan kelajuan tertinggi 40 km/j (25 mph).
Motosikal itu tidak mempunyai kotak gear dengan kuasa dipindahkan melalui tali sawat rata yang disambungkan terus ke enjin. Diantara tahun 1899 dan 1904, Laurin & Klement telah menghasilkan sejumlah 540 unit Slavia B.

Kini motorsikal konsep tersebut telah dihasilkan semula oleh pereka berbangsa Perancis Romain Bucaille, yang bekerja pada rekaan bahagian luar kereta di Škoda Design.
“Saya mahu melakukan sesuatu yang unik dan kembali ke akar umbi jenama itu. Saya bekerja pada kereta setiap hari, dan kerana saya juga suka motosikal, menciptanya merupakan perubahan yang menyegarkan,” kata Romain Bucaille tentang apa yang mendorongnya.
Motosikal konsep itu mengekalkan siluet rangka tanda pengenalan yang asal, tetapi menanggalkannya kembali tampil lebih moden di era kini. Kawasan yang dahulunya dikhaskan untuk enjin pembakaran kini terbuka, dengan logo Škoda kelihatan digantung dalam bingkai.

Garis menegak yang berani membahagikan bahagian hadapan dan belakang, menyerlahkan keseimbangan arca antara nostalgia dan inovasi. Sekali tengok memang mudah untuk kita meneka bahawa ianya persis sebuah café racer.
Menurut Romain Bucaille lagi, beliau hanya melalui lakaran pensel yang lebih bebas untuk melakar berbanding cara moden menggunakan paparan skrin digital yang mana kemudiannya beralih ke cara moden bagi menghasilkan lakaran 3D untuk menjelmakannya.
Walau pun ianya hanyalah sekadar model konsep yang tidak mungkinkan untuk dihasilkan sebagai model produksi tetapi ianya penyataan niat tentang Skoda Auto visi masa depannya berakar kukuh dalam masa lalu yang kaya dan inventif.
BACA : LIFAN LANCAR KPM 150 CAFE RACER. HARGA BERMULA RM7,700 SEUNIT
BACA : HONDA BAKAL LANCAR CAFE RACER BERASASKAN MODEL CB350?