Buletin

HONDA BAKAL LANCAR CAFE RACER BERASASKAN MODEL CB350?

Honda kini dilaporkan bersedia melancarkan sebuah lagi produk baharu dalam segmen motosikal klasik.

Menurut maklumat yang dikongsi oleh akaun Twitter @rushLane, motosikal klasik baharu Honda itu akan dibina berasaskan kepada Honda CB350.

Dari segi penampilan, motosikal berwarna biru itu mempunyai gaya café racer terutama pada rekaan lampu depan berbentuk bulat dan ada pelindung angin (windshield). Motosikal itu juga hanya mempunyai satu tempat dengan rekaan ekor tebuan.

Lebih menarik adalah motosikal ini menggunakan hendal yang tinggi seperti motosikal cruiser, sedangkan secara amnya, motosikal cafe racer menggunakan gaya clip-on untuk nampak lebih sporty.

Dengan penampilan sebegitu, kita boleh membuat andaian bahawa model baharu ini dicipta untuk membuatkan penunggang kekal selesa semasa dalam perjalanan.

Setakat ini tiada pendedahan dibuat mengenai rangkaian kuasa café racer ini. Namun sekiranya ia menggunakan enjin yang sama seperti Honda CB350, berkemungkinan output kuasa motosikal baharu itu ialah 20.7hp pada 5,500rpm dan tork 30Nm pada 3,000 rpm.

Untuk perincian lebih mendalam, kita hanya boleh menunggu sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh pihak Honda.

Google ads
Back to top button