Motosikal

LIFAN LANCAR KPM 150 CAFE RACER. HARGA BERMULA RM7,700 SEUNIT

Pengeluar China, Lifan melancarkan jentera KPM 150  Cafe Racer di pasaran negara terbabit.

Jentera menampilkan gayaan Cafe Racer itu ditawarkan dengan dua varian iaitu standard dan didatangkan teknologi Sistem Brek Antikunci (ABS).

Varian KPM 150 Cafe Racer standard dijual pada harga bermula 11,980 yuan (RM7,691) mankala ABS pula mendapat tag harga 13,180 yuan (RM8,548).

Motosikal terbaharu itu didatangkan fairing separa, lampu utama LED berbentuk bulat dipadankan lampu siang (DRL) dan visor angin lut cahaya.

Selain itu, lampu brek belakang mendapat sentuhan rekaan bulat dalam menyerlahkan lagi rekaan tahun 70-an.

Ia turut hadir dengan tempat duduk berwarna perang, panel sisi berwarna kuning dipadankan gabungan warna hitam di bahagian fairing hadapan.

Jentera itu mendapat khidmat enjin 4 lejang silinder tunggal 150cc yang mampu menjana kuasa 17.4hp @ 9,500rpm dan tork 14.5Nm pada 7,500rpm.

Kelajuan maksimum mencecah 95km/j dipadankan transmisi klac manual enam kelajuan.

Ciri-ciri lain yang terdapat pada KPM 150 Cafe Racer ialah rim aloi,sistem brek cakera tunggal pada kedua-dua roda, paparan skrin digital dan port USB. – greatbiker

Google ads
Back to top button