
HAMPIR 200 UNIT HONDA e:N1 DITEMPAH SEJAK 15 APRIL, UJI PANDU KINI DITAWARKAN DI 8 PENGEDAR TERPILIH
Sejak tempahan dibuka secara rasmi pada 15 April 2025, Honda Malaysia telah menerima hampir 200 tempahan untuk model SUV elektrik sulung mereka, e:N1.
Model ini menandakan langkah berani Honda dalam segmen kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, dengan strategi pelancaran awal yang cukup agresif termasuk sokongan pengedar terpilih dan kemudahan tempahan dalam talian.
Didatangkan sebagai unit import sepenuhnya (CBU) dari China, Honda tidak menolak kemungkinan untuk memulakan pemasangan tempatan (CKD) pada masa akan datang.
Namun, keputusan tersebut bergantung kepada beberapa faktor penting seperti insentif kerajaan, kos produksi, dan penerimaan pasaran tempatan terhadap model BEV ini.

Buat masa ini, orang ramai boleh menguji pandu e:N1 di lapan pengedar Honda terpilih di Semenanjung Malaysia. Lokasi tersebut merangkumi:
Wilayah Utara:
- Vivahill Auto
- Ban Hoe Seng Auto
Wilayah Tengah:
- HZN Cars
- Peringgit Sri Motor
- Tiong Nam Motor
- Accord Auto
Wilayah Selatan:
- Ban Lee Heng (Seremban)
- Kah Motor (Tebrau)
Honda Malaysia juga memudahkan proses pra-tempahan dengan membenarkan pelanggan membuat tempahan awal secara dalam talian dengan bayaran serendah RM99 sahaja.
Bagi tahun 2025, Honda Malaysia menetapkan sasaran jualan sebanyak 83,000 unit. Menariknya, pada suku pertama sahaja, syarikat telah berjaya menjual 24,000 unit kenderaan, menunjukkan prestasi pasaran yang kukuh dan potensi tinggi untuk e:N1 menyumbang kepada angka tersebut.
- BACA: HONDA e:N1 RASMI DILANCARKAN – TAWAR JARAK GERAK SEHINGGA 500KM, HARGA BERMULA RM149K
- BACA: GERIK MEGATRAIL 6.0: 180 JENTERA 4X4 TEMPUH CABARAN MERENTASI HULU PERAK
- BACA: INFLUENCER DIDAKWA SELEWENG FAKTA, AVATR TUNTUT GANTI RUGI RM9.8 JUTA!
- BACA: TPAD DESAK MOT PERJELAS TINDAKAN HENTI OPERASI INDRIVE DAN MAXIM






