
IMEJ DIGITAL GR COROLLA 2027 – TAK SALAH BERANGAN AWAL KAN
Toyota GR Corolla ialah salah satu produk yang istimewa daripada Toyotda di dalam dunia automotif yang didominasi SUV. Walaupun industri bergerak ke arah elektrifikasi, diviss Gazoo Racing Toyota tidak menunjukkan tanda-tanda akan perlahan dan mungkin akan menghasilkan sebuah lagi kereta kompak yang baru iaitu GR Corolla 2027
Ia mungkin terlalu awal untuk butiran rasmi, tetapi itu tidak menghalang artis digital Theottle daripada menggambarkan perkara yang mungkin dibawa oleh model seterusnya oleh Toyota melalui model GR Corolla.
Pereka bebas itu berkongsi lakaran digitalnya sebelum ini bagi sedan Corolla empat pintu sambil turut mencipta versi untuk hatchback standard. Kedua-duanya menggunakan bahasa reka bentuk terbaharu Toyota dengan rekaan yang lebih tajam.
Toyota GR Corolla, yang berpegang pada falsafah penggayaan model semasa, menampilkan bampar yang lebih besar, ruang kemasukan udara di bampar yang lebih besar, fender yang lebih lebar, bumper yang agresif dan set roda aloi dengan rekaan baru.
Peningkatan tambahan ke atas hatchback Corolla standard termasuk sirip udara pada hud dan insang sisi yang berfungsi untuk tujuan aerodinamik dan penyejukan sistem trenkuasa dan cesi.
Di bahagian belakang, rekabentuk terbaru menampilkan lampu belakang LED yang lebih runcing, sirip udara tambahan disepadukan ke dalam bampar, dan ekzos dwi-keluar yang lebih konvensional bagi menggantikan ekzos 3 lubang model semasa. Sayap belakang yang cukup besar melengkapkan rupa, mengukuhkan estetika yang diilhamkan oleh WRC.
Hardpoint cesi masih menggunakan TNGA C, kerana Corolla generasi seterusnya dijangka menggunakan platform yang telah dinaiktaraf daripada model semasa. Toyota telah mengambil pendekatan yang sama dengan beberapa model terbaharu, termasuk sedan Camry yang direka bentuk semula dengan platform TNGA yang sama

Terdapat beberapa pilihan trenkuasa yang akan digunakan oleh GR Corolla. Spekulasi pertama ialah Toyota boleh kekal dengan unit tiga silinder 1.6 liter turbo, atau pilihan kedua ialah menggunakan enjin 2.0 liter turbo-empat silinder baharu yang sedang dibangunkan.
Enjin baru 2000cc turbo ini dijangka akan digunakan pada model yang sedang dibangunkan seperti Toyota Celica dan Toyota MR2. Berdasarkan ramalan semasa enjin ini mampu menjana kuasa antara 296 hp (221 kW / 300 PS) hingga 395 hp (294 kW / 400 PS) dalam bagi spesifikasi jalanraya.
Untuk rekod, GR Corolla 2025 menggunakan turbo 1.6 liter tiga silinder yang menghasilkan 300 hp (224 kW / 304 PS) dan 400 Nm tork, dipasangkan dengan sama ada manual enam kelajuan atau automatik lapan kelajuan. Semua kuasa dihantar ke keempat-empat roda melalui sistem GR-Four AWD Toyota.
Sejarah menyaksikan yangToyota Corolla generasi ke-12 semasa diperkenalkan pada 2018, dengan model generasi ke-13 dikhabarkan akan tiba pada 2026. Namun, memandangkan GR Corolla hanya dilancarkan pada 2022, tidak jelas sama ada Toyota akan mengemas kininya bersama model standard atau menangguhkan untuk memastikan ia sentiasa selari dengan barisan prestasi yang lain.
Foto intipan dari bulan September 2024 mendedahkan prototaip GR Corolla yang disamarkan sedang melalui ujian pembangunan di Eropah. Walaupun kenderaan ujian kelihatan banyak berdasarkan model semasa, mereka mungkin model protaip bagi menguji enjin baru atau dibangunkan sebagai model GRMN