Motosikal

KTM 250 ADVENTURE 2025 DEBUT DI INDIA – 30.5HP, 25NM

KTM dengan rasminya melancarkan KTM 250 Adventure generasi terbaru untuk pasaran global dengan India menjadi pasaran pertama menerima model itu. 

Bagi tahun 2025, KTM 250 Adventure berkongsi beberapa kelengkapan dan ciri sama seperti versi 390 Adventure termasuk kerangka ‘steel trellis’ dan ‘subframe’ yang sama. 

Menariknya, reka bentuk 250 Adventure juga mirip dengan versi 390 Adventure kecuali warna dan grafik yang ditampilkan. 

Atas kertas, 250 Adventure ini dikuasakan platform baharu, satu silinder 249cc dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 30.5hp pada 9,250rpm dan 25Nm pada 7,250rpm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan. 

Antara penambahbaikan terbaru diperkenalkan pada 250 Adventure ini temrasuk lampu projektor LED, skrin TFT berwarna 5-inci dengan sambungan Bluetooth dan navigasi ‘turn-by-turn’, ride-by-wire dan ABS (boleh padam). Menariknya, model 2025 ini juga dilengkapi dengan quickshifter (atas/bawah) secara standard. 

Pakej suspensi pula terdiri dari fork WP Apex dengan monoshock belakang yang menawarkan jarak pergerakan 200mm depan dan 200mm di belakang sekaligus menawarkan kemampuan ‘off-road’ yang lebih baik berbanding model sebelumnya. 

Jarak kelegaan tanah juga lebih baik dengan 227mm sementara ketinggian tempat duduk diletakkan pada 825mm. Kapasiti tangki kekal dengan 14.5L namun ketinggian tempat duduk lebih rendah dengan 825mm berbanding 855mm sebelum ini. 

Sekiranya dilancarkan di Malaysia, KTM 250 Adventure ini bakal bersaing dengan Suzuki V-Strom 250SX dan Kawasaki Versys-X 250. 

GALERI: KTM 250 ADVENTURE 2025

Google ads
"
"
Back to top button