Motosikal

APRILIA RACING TEAM DAN RS457 PERKUKUH JENAMA APRILIA DI MALAYSIA

Baru-baru ini Didi Group, selaku pengedar rasmi jenama motosikal Aprilia di Malaysia telah memperkukuhkan kehadiran jenama Itali itu dengan sesi Meet & Greet bersama Aprilia Racing Team MotoGP. 

Menariknya, pemilik dan peminat motosikal Aprilia turut disajikan dengan peluang merasai tawaran terbaru, Aprilia RS457 di RUD Karting Sepang bersama-sama beberapa model lain termasuk SR GT 200, Tuono 660 dan RS 660. 

Namun begitu, peluang bergambar dan mendapatkan tanda tangan pelumba MotoGP, Jorge Martin dan Marco Bezzecchi serta pelumba uji Lorenzo Savadori merupakan pengalaman yang tak dapat dilupakan peminat di Malaysia. 

Turut memeriahkan program adalah kehadiran pengendali pasukan Aprilia Racing Team, Massimo Rivola. 

Dalam pada itu, RS457 merupakan tawaran terbaru untuk pasaran Malaysia dan menjanjikan pengalaman menunggang yang mengujakan dan boleh dinikmati oleh pelumba baru dan berpengalaman. 

Atas kertas, Aprilia RS 457 dikuasakan enjin dua silinder (parallel-twin) 457cc yang berupaya menjana 47hp dan 43.5Nm.  Aspek yang cukup mengagumkan adalah nisbah kuasa kepada berat ekoran hanya 158kg. 

Bagi pasaran tempatan, Aprilia RS457 boleh didapati dengan harga RM33,900 sahaja. 

Google ads
"
"
Back to top button