BuletinMotosikal

INDIAN MOTORCYCLE FTR 1200 – MOTOSIKAL FLAT TRACK YANG CUN!

Satu keistimewaan tentang rakyat Malaysia ialah kepelbagaian jenama kenderaan yang ditawarkan. Tidak kira kenderaan komersil, kereta mahu pun motosikal.

Jenama daripada Amerika Syarikat, Eropah, Asia semuanya ada di sini walaupun selalu dikata negara kita mempunyai pasaran kecil.

Salah satu jenama yang nuh jauh dari Amerika Syarikat ditawarkan di sini ialah Indian Motorcycle. Indian adalah syarikat motosikal pertama Amerika Syarikat dengan komuniti tersendiri di negara kita.

Pada 1 Oktober lalu Indian telah memperkenalkan motosikal ditunggu ramai iaitu FTR 1200 dan FTR 1200 S. Motosikal ini diinspirasi daripada model flat track dengan acara perlumbaan popular di Amerika Syarikat.

Kedua-dua FTR ini adalah kesinambungan daripada model lumba FTR750 yang mendonimasi Perlumbaan Flat Track sejak mula diperkenalkan pada tahun 2016.

Turut mempunyai pengaruh ialah FTR1200 Custom yang dipertontonkan tahun lalu dan mula mencetuskan keghairahan terhadap model produksi ini.

Berikut ialah informasi tentang Indian Motorcycle FTR 1200:

  • Laras duduk yang tegak ala tunggangan motosikal flat track
  • Menggunakan enjin 1203cc V-Twin berkuasa 120 hp dengan 115 Nm
  • Nisbah mampatan 12.5:1
  • Rangka trellis
  • Brek Brembo
  • Tangki minyak di bawah kerusi untuk titik graviti rendah dan keseimbangan berat
  • Sama seperti FTR750, kotak udara diletakkan betul-betul di atas enjin untuk aliran udara optimum dan kuasa maksimum
  • Suspensi belakang dan lengan ayun dengan reka bentuk sama seperti FTR750
  • Tayar Dunlop baharu yang dengan bunga ala flat track
  • Handel aluminium ProTaper flat track
  • Lampu LED penuh
  • Slot USB pengecasan pantas
  • ABS dan kawalan cengkaman
  • Wheelie mitigation control
  • Kawalan jelajah (Cruise control)
  • Suspensi depan dan belakang boleh laras penuh
  • Skrin sesentuh LCD 4.3 pelbagai paparan dan sambungan Bluetooth
  • Tiga mod tunggangan – Sport, Standard dan Rain

Berkenaan harga pula FTR 1200 dipasarkan pada angka cukup menarik iaitu USD 12,999 (RM 54,041) manakala model FTR 1200 S pula USD 14,999 (RM 62,342).

Model FTR 1200 ditawarkan dalam warna tunggal Thunder Black manakala FTR 1200 S meriah dengan warna Indian Motorcycle Red di atas Steel Gray, Titanium Metallic di atas Thunder Black Pearl dan skema warna versi lumba FTR750.

Adakah FTR 1200 bakal dibawa masuk ke dalam negara? Masih terlalu awal untuk disahkan lagi pula motosikal ini hanya akan menemui pelanggan pada setengah tahun pertama 2019.

BACA: KISAH SEORANG PELUMBA MOTOSIKAL YANG MENYELAMATKAN 1200 NYAWA

BACA: KPDNHEP SERBU KEDAI MOTOSIKAL KENAKAN CAJ BERLEBIHAN

KREDIT FOTO: Indian Motorcycle

Google ads
Back to top button