Motosikal

INDIAN PANGGIL SEMULA MOTOSIKAL KERANA IA BOLEH HIDUP SENDIRI – MISTERI NUSANTARA BETUL  

Kita biasa baca laporan pengeluar motosikal melakukan panggilan semula kerana masalah brek, elektronik dan sebagainya.

Tetapi, pembuat motosikal dari Amerika Syarikat, Indian baru-baru ini memanggil semula sebanyak 3,341 unit model keluarannya kerana masalah yang cukup unik, motosikalnya boleh hidup sendiri!

Antara model yang terlibat ialah Indian Chief, Chief Classic, Chief Dark Horse, Chief Vintage, Chieftain, Chieftain Classic, Chieftain Dark Horse, Chieftain Elite, Chieftain Limited, Springfield dan Springfield Dark Horse buatan tahun 2018.

Menurut pihan Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan Amerika (NHTSA), masalah hakisan yang berlaku pada kombinasi suis hendal kanan mungkin membuatkan enjin dihidupkan secara tidak sengaja, jika kunci diletakkan berdekatan motosikal.

Jika ini berlaku, ia akan menimbulkan risiko seperti keracunan karbon monoksida dan sebagainya.

Justeru, Indian akan memaklumkan pelanggan terbabit dan menukar suis berkenaan secepat mungkin.

Tags
Google ads
Back to top button