Artikel PilihanBuletin

INDIAN MOTORCYCLE HASILKAN KASUT DENGAN RED WINGS SHOES

Indian Motorcycle dan pengeluar kasut terkenal, Red Wing Shoes baru-baru ini menjalin kerjasama untuk menghasilkan satu rangkaian kasut but yang bergaya.

Kedua-dua syarikat yang berpangkalan di Minnesota, Amerika Syarikat itu nyata teruja untuk menawarkan but berkualiti tinggi dengan rekaan klasik untuk para peminat masing-masing. Sudah pasti, produk terbaharu itu cukup sesuai dipakai ketika menunggang mana-mana jentera Indian.

Indian-motorcycle-red-Eings-Shoes-mekanika (1)

“Koleksi but ini menawarkan keselesaan, perlindungan dan gaya kepada semua peminat serta penunggang motosikal Indian,” kata Naib Presiden Red Wing Heritage, Dan Dahl.

Koleksi tersebut terdiri daripada but berwarna coklat dikenali sebagai Spirit Lake. But itu didedikasikan untuk semua pekerja di kilang Indian Motorcycle, terletak di Spirit Lake, Iowa yang begitu komited dalam menghasilkan motosikal berkenaan.

But itu menawarkan pemakaian yang kemas dan perlindungan pada buku lali. Di samping tapak kasut Vibram 430 untuk cengkaman dan tahan lasak. Ia juga menampilkan rekaan toe cap kulit dua lapisan, kulit Amber Portage premium, lubang tali berwana gunmetal dan jahitan benang coklat.

Indian-motorcycle-red-Eings-Shoes-mekanika (3)

Model kedua ialah but Worthington yang mendapat nama daripada sebatang jalan di Springfield, di mana Indian Motorcycle memulakan skala produksi penuhnya pada tahun 1902.

But ini dibina berasasken kepada gaya Engineer Red Wing Shoes. Tetapi ditambah baik dengan tapak kasut Vibram 430, tali instep untuk pemakaian lebih kemas, kulit premium, pengikat Indian Motorcycle, logo timbu dan jahitan benang hitam.

Untuk penunggang wanita, but Conolly ada ditawarkan. Dinamakan sempena penunggang wanita terawal serta peminat tegar Indian Motorcycle, Catherine Connelly, but itu turut mengambil rekaan kasut Engineer Red Wing Shoes.

Google ads
"
"
Back to top button