Motosikal

ILHAM WISKI JACK DANIELS PADA MODEL INDIAN

Jenama motosikal Indian berkolaborasi bersama Jack Daniels untuk membangunkan satu model edisi terhad. Ia bagi meraikan ulang tahun ke 150 jenama wiski berkenaan.

9

Urusan kustom dan kerja-kerja akhir reka bentuk diserahkan kepada Brian Klock of Klock Werks.

Jentera itu menampilkan semburan cat, logo dan lencana Jack Daniels. Pada bahagian fender  tertulis tujuh nama Master Penyuling yang menyelia pengeluaran Jack Daniels dalam sejarah 150 tahun.

7

“Kami memahatkan edisi koleksi unik ini dengan mantera kami ‘Bottles and Throttles Don’t Mix’ bagi mengingatkan rakan-rakan bahawa minum dan menunggang perlu dinikmati secara berasingan,” kata Dave Stang, Pengarah Acara dan Tajaan Jack Daniel.

Model itu adalah yang pertama menggabungkan jenama Indian dan Jack Daniels. Ia akan dilelong pada acara Barrett-Jackson Auction di Las Vegas, Oktober hadapan.

6

Kutipan akan disumbangkan kepada Operation Ride Home yang dikendalikan oleh badan kebajikan  American Armed Services YMCA.

Tarikh pengeluaran masih belum diputuskan. Tetapi perincian spesifikasi akan didedahkan ketika  Bike Week Daytona pada Mac hadapan.

GALERI

13458

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
"
"
Back to top button