
PROMOSI MERDEKA SPECIAL INDIAN MOTORCYCLE – PENJIMATAN SEHINGGA RM32K!
Harmony Fabulous Sdn. Bhd. (Harmony Fabulous) pengedar tunggal motosikal jenama Indian Motorcycle di Malaysia mengadakan promosi bebas cukai Merdeka Special mulai sekarang hingga 31 Ogos 2018.
Jadi, peminat Indian Motorcyle boleh menikmati penjimatan ekstra sebelum pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
- Indian Scout (model tahun 2016) warna Smoke Silver:
RM79,000 di atas jalan tidak termasuk insurans 0% GST (harga normal: RM111,000) – penjimatan sebanyak RM32,000. - Indian Scout (model tahun 2017) warna Brilliant Blue:
RM88,000 di atas jalan tidak termasuk insurans 0% GST (harga normal: RM111,000) – penjimatan sebanyak RM23,000. - Indian Scout (model tahun 2018) warna Willow Green:
RM99,000 di atas jalan tidak termasuk insurans 0% GST (harga normal: RM111,000) – penjimatan sebanyak RM12,000. - Indian Chieftain Limited (model tahun 2018) warna Thunder Black Pearl Graphics:
RM204,000 di atas jalan tidak termasuk insurans at 0% GST (harga normal: RM233,000) – penjimatan sebanyak RM29,000.
Setiap pembelian sama ada Indian Scout atau Indian Chieftain Limited hadir bersama pakej jaminan standard selama dua tahun, perbatuan tanpa had, servis percuma sebanyak lima kali bernilai RM2,500 termasuk caj buruh, baucar percuma bernilai RM3,000 dan hadiah eksklusif.
Kunjungi rangkaian lengkap model Indian Motorcycle, aksesori dan pakaian di nilik pamerannya di Naza Automall, Petaling Jaya bermula jam 9:00am hingga 7:00pm setiap hari.
Harmony Fabulous menawarkan palbagai model Indian Motorcycle ke pasaran sejak dilantik sebagai pengedar eksklusif pada tahun 2011.
Jentera Indian Motorcycle terkenal dengan V-Twin bersesaran besar seperti 1,133cc berkuasa 100hp yang dipasang pada Indian Scout. Walaupun nampak besar, motosikal Indian Motorcycle mudah dan seronok untuk ditunggang. Cuba lah dulu…