Artikel Pilihan

INI CERITA SEDIH LITAR F1 VIETNAM, GP HANOI. KINI TERBIAR

Bernie Ecclestone merupakan individu pertama yang membawa idea untuk mengadakan perlumbaan di Vietnam pada awalnya, sebelum memutuskan untuk meneruskan projek ini akibat kegagalan GP Korea dan juga GP India. Pada masa yang sama, perlumbaan F1 telah diadakan sebanyak 4 pusingan di Sepang, Singapore, China dan Jepun

Pada tahun 2017 selepas Liberty Media membeli hakcipta F1, idea GP Vietnam ini dihidupkan kembali dengan pengumuman dbuat pada tahun 2018 dan perlumbaan pertama akan diadakan pada tahun 5 April 2020. Namun kemelut COVID-19 yang melanda telah memaksa perlumbaan pertama ini dibatalkan pada tahun 2020

Bagi menjayakan perlumbaan ini, satu litar baru telah direka di atas jalan raya awam (street circuit) di atas bandaraya Hanoi, dan litar baru ini direka oleh Hermann Tilke dengan kerjasama pihak berkuasa Hanoi pada ketika itu. Berbeza dengan litar F1 yang lain, litar ini direka supaya perlumbaan diadakan dalam melawan arah jam

Litar ini juga meniru jalan lurus sepanjang 1.5km yang sama digunakan oleh litar Sepang, beberapa selekoh daripada litar Monaco, Suzuka dan juga Nurburgring. Ia merupakan rekaan yang hampir sama digunakan untuk membina Circuit of America

Litar sepanjang 5.613 km ini direka dengan 23 selekoh dan beberapa seksyen litar ini dirancang untuk dibuka pada untuk kegunaan umum sebagai jalan raya biasa. Selepas kegagalan pembukaan untuk perlumbaan pada musim 2020, litar ini terus menerima nasib malang apabila Nguyễn Đức Chun iaitu Hanoi People’s Committee Chairman telah ditahan akibat rasuah yang tidak kena mengena dengan pembinaan litar

Pembinaan litar ini siap sepenuhnya pada Februari 2020 namun pihak berkuasa Vietnam yang baru enggan meneruskan perlumbaan GP Vietnam pada tahun 2021, menyebabkan perlumbaan yang telah dijadualkan pada bulan Novemver 2020 terpaksa dibatalkan dan kontrak perlumbaan F1 ditamatkan.

Beberapa struktur sementara untuk kegunaan perlumbaan F1 juga telah ditanggalkan oleh pihak berkuasa Hanoi. Walaupun ada beberapa khabar angin yang mengatakan Stefano Domenicali ada berhubung dengan pihak berkuasa Hanoi dalam usaha membawa perlumbaan F1 ke Vietnam, namun masa depan litar ini masih samar

Google ads
"
"
Back to top button