Buletin

STESEN MINYAK US DISAMAN KERANA JUAL BAHAN API TERLALU MURAH

Kenaikan harga bahan api bukan sahaja melanda negara kita Malaysia, malah ia juga turut memberikan kesan kepada beberapa negara di dunia.

Menurut laporan terbaharu daripada WISN 12, sebuah stesen minyak di Waukesha, Wisconsin, telah disaman oleh pihak BP dan Shell sebanyak $80,000 (RM337,320) setiap satu kerana didakwa menjual bahan api dengan harga yang lebih murah.

Semakan di Gasbuddy.com mendapati stesen minyak yang dimiliki oleh Woodman’s Food Market itu menjual gasolin pada harga $3.59 (RM15.14) per gelen, berbanding BP ($3.89 atau RM16.40 per gelen) dan Shell ($3.79 atau RM15.98 per gelen).

Dalam kenyataan rasmi, pihak peguam Woodman’s mendakwa apa yang dilaksanakan oleh syarikat itu adalah mengikut lunas undang-undang yang betul.

Namun menurut undang-undang, amalan menjual barangan di bawah kos untuk menarik perhatian pelanggan adalah merupakan satu bentuk pengiklanan yang mengelirukan, dan dikira kaedah persaingan yang tidak adil di dalam perdagangan – WISN 12

Google ads
Back to top button