Buletin

NULL STERN TAWAR HOTEL SIFAR BINTANG DEPAN STESEN MINYAK. ADA BERANI?

Ada orang cakap, jika nak bawak awek/marka/skandal/bini ke tempat yang mahal, bawa mereka berkunjung ke stesen minyak.

Menariknya, ada sebuah syarikat hotel di Switzerland menggunakan ‘konsep’ tersebut dengan menawarkan pakej bermalam di dalam bilik ‘sifar bintang’ tanpa kehadiran bumbung dan dinding untuk tujuan privasi dan perlindungan daripada elemen luar.

Salah satu lokasi hotel dibawah program Null Stern Anti-Idyllic Suite itu terletak betul-betul di depan sebuah stesen minyak di Sailllon.

Menurut keterangan, pemilihan lokasi tersebut bertujuan untuk mencetuskan kesedaran terhadap isu semasa seperti iklim, ekonomi, keselamatan atau kesamarataan, di mana semua orang dijemput untuk menikmati pakej bermalam ini.

Selain daripada depan stesen minyak, Null Stern turut menawarkan lokasi lain dengan pakej pemandangan yang lebih mengasyikkan, namun tanpa kehadiran bumbung dan dinding seperti pakej yang disebutkan tadi.

Harga untuk pakej satu malam bermula dari CHF325 (RM1,493) di mana ia turut hadir dengan minuman selamat datang, makanan kudapan organik, pakej sarapan daripada kedai roti lokal, dan perkhidmatan pelayan.

Sekiranya cuaca tidak mengizinkan, Null Stern Hotel turut menyediakan bilik sebenar di Hôtel des Bains de Saillon – dengan pakej dinding, bumbung dan sistem pendingin hawa. – Null Stern Hotel

Google ads
Back to top button