
INI KEMBAR PERODUA NEXUS
Toyota Thailand menampilkan crossover B segmen yang popular iaitu Toyota Yaris Cross di pameran Bangkok International Motor Show. Dengan warna biru terang menyerlah unit berkenaan adalah unit yang dikuasakan dengan trenkuasa hibrid HEV
Berbeza dengan Toyota Yaris Cross untuk pasaran Jepun dan juga Eropah (XP 210) yang dibina dengan menggunakan platform TNGA-B, Toyota Yaris Crossbagi pasaran Asia Tenggara menggunakan kod yang berbeza (AC200) dan platfrom DNGA-B

Untuk rekod, platform DNGA-B adalah platform yang sama digunakan oleh Toyota Vios Sedan dan juga Perodua Alza/ Toyota Veloz / Daihatsu Xenia. Walaupun Perodua dilaporkan sedang membangunkan sebuah lagi SUV bersaiz kompak, namun skandal pengubahsuaian data yang berlaku tahun lepas telah membuatkan projek ini terhenti seketika
Project D66B atau Perodua Nexis besar kemungkinan akan dilancarkan pada tahun ini dan Toyota Yaris Cross ini boleh memberikan bayangan awal kepada bakal pembeli bagaimana rekaan luar dan saiz Perodua Nexis yang akan dilancarkan nanti
Dengan panjang 4310mm dan lebar 1770mm, Toyota Yaris Cross hanyalah kecil sedikit sahaja berbanding dengan Proton X50 yang dikategorikan sebagai SUV segmen B. Dari segi perincian rekaan pula, rekaan terperinci seperti jeriji atas, bawah, rekaan rim dan juga kemasan bampar belakang adalah berbeza disebabkan Perodua membawa konsep rekaan yang berbeza

Bagi Toyota Yaris Cross yang dipamerkan, ia juga turut menampilkan bumbung kaca panaromic yang kami percaya tidak akan dipasang pada Perodua Nexis bagi memenuhi julat harga jualan yang ditetapkan
Ciri-ciri mewah lain seperti sambungan telefon pintar Apple Car Play / Android Auto tanpa wayar tidak akan disediakan, termasuklah pembesar suara Pioneer, penyaman udara automatik, rel bumbung, kusyen pemandu bantuan kuasa elektrik, balutan kulit serta balutan kulit lembut pada papan pemuka dan kemasan pintu.


