
JAECOO J8 RASMI DIPERKENALKAN DI MALAYSIA – DUA VARIAN, ANGGARAN HARGA BERMULA RM195K
Jaecoo J8, SUV premium bersaiz pertengahan, hari ini secara rasmi diperkenalkan untuk pasaran Malaysia.
SUV JAECOO J8 tampil dengan dua varian. JAECOO J8 pacuan dua roda (2WD) menampilkan konfigurasi lima tempat duduk, manakala varian pacuan semua roda (AWD) tampil dengan enam tempat duduk.
Dari segi dimensi, Jaecoo J8 memiliki panjang 4,820mm, lebar 1,930mm, tinggi 1,699mm, serta jarak roda 2,820mm.
Untuk rekod, SUV J8 2WD dan AWD masing-masing mempunyai kapasiti ruang but sebanyak 738L dan 200L.

Varian 2WD tersedia dalam pilihan warna satu tona, iaitu Carbon Crystal Black, Khaki White dan Olive Grey. Sementara itu, varian AWD tersedia dalam dua tona untuk pilihan warna yang sama.
SUV J8 2WD hadir dengan sistem audio premium yang menampilkan 12 pembesar suara jenama Sony, bersama enam beg udara untuk keselamatan. Suasana kabin dipertingkatkan dengan pencahayaan ambien serta balutan tempat duduk menggunakan kulit buatan yang elegan.
Sementara itu, varian SUV J8 AWD menawarkan pengalaman audio lebih imersif dengan 14 pembesar suara Sony, termasuk unit yang dipasang pada sandaran kepala.
Ia juga dilengkapi dengan 10 beg udara, pintu berkuasa serta sistem pewangi automatik untuk keselesaan yang lebih mewah. Tambahan pula, teknologi Near Field Communication (NFC) membolehkan akses tanpa kunci, manakala tempat duduk pemandu yang berventilasi meningkatkan keselesaan dalam perjalanan jauh.

Dari segi keselamatan dan kemudahan pemanduan, SUV ini didatangkan dengan perakam video digital (DVR) terbina dalam serta sistem parkir automatik. Tempat duduk barisan hadapan dan kedua pula bukan sahaja dikuasakan secara elektrik, tetapi turut menampilkan fungsi urutan serta langsir berwarna untuk suasana lebih eksklusif. Kabin disempurnakan dengan upholsteri kulit tulen dan kemasan panel suede, menonjolkan gabungan gaya serta kemewahan.
Kelengkapan lain termasuklah seperti dinyatakan di bawah:
- Paparan skrin berkembar 12.3-inci
- Apple CarPlay dan Android Auto
- Navigasi GPS terbina dalam
- Roda stereng pelbagai fungsi
- Sistem kawalan suara
- kamera panoramik 540 darjah
Dari segi kuasa, SUV ini dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 liter turbo, suntikan terus, 4 silinder
sebaris yang menghasilkan 249PS (183kW) dan tork 385Nm dan dipadankan dengan Transmisi Automatik 8-kelajuan.

Ciri Keselamatan
Bagi ciri keselamatan, Jaecoo J8 menampilkan teknologi keselamatan canggih seperti:
- Sistem brek anti-kunci (ABS) dengan pengagihan daya brek elektronik (EBD) dan bantuan brek
- Kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dan kawalan cengkaman
- Sensor pelanggaran dan isyarat henti kecemasan
- Beg udara hadapan, sisi, tirai, serta amaran pintu tidak ditutup
- Tali pinggang keselamatan dengan amaran dan pelarasan ketinggian
- Kunci keselamatan kanak-kanak dan cagak ISOFIX
- Cermin pandang belakang dengan fungsi siang dan malam
- Sensor parkir belakang dan kamera 360 darjah
- Bantuan mula mendaki dan pemantauan tekanan tayar
- Kunci pintu sensitif kelajuan
Beralih pada harga, SUV JAECOO J8 AWD 6 tempat duduk dianggarkan berharga sekitar RM220,000. Manakala varian SUV J8 2WD yang berciri 5 tempat duduk dianggarkan berada dalam lingkungan harga sekitar RM195,000.
SUV ini menawarkan pakej lengkap bagi mereka yang menginginkan kenderaan dengan keseimbangan antara prestasi, kemewahan, serta teknologi keselamatan terkini.
GALERI:















- BACA: ERLING HAALAND TAMBAH KOLEKSI KERETA MEWAH DENGAN ASTON MARTIN F1 DAN BUGATTI
- BACA: JEREMY CLARKSON ‘ISYTIHAR KEMENANGAN’ KE ATAS ELON MUSK 17 TAHUN SELEPAS DISAMAN
- BACA: NETA AUTO TERIMA TALIAN HAYAT RM1 BILION DARI THAILAND DI TENGAH KRISIS KEWANGAN
- BACA: BYD SEALION 05 EV DIPERKENALKAN DI CHINA – TAWAR JARAK GERAK 520KM, HARGA SEKITAR RM78K







