
INI KOS SERVIS HONDA CR-V e:HEV 2.0, PURATA RM 80 SAHAJA SEBULAN
Honda Malaysia pada hari ini telah melancarkan SUV popular mereka yang serba baru iaitu Honda CR-V generasi ke 6 dengan harga permulaan sekitar RM 159,900 bagi varian 1.5S turbo. Bagi varian 1.5E Turbo ia dijual dengan harga RM 169,900 dan varian 1.5 V AWD pula ialah RM 181,900.
Kalau anda perasan, Honda masih belum mengumumkan lagi harga varian tertinggi mereka iaitu varian 2.0 Hibrid e:HEV dan pengumuman harga akan dibuat pada tahun depan. Bagi memudahkan anda membuat penilaian dan anggaran kos membela Honda CR-V, kami sertakan di sini kos servis bagi semua varian
Varian Hibrib 2.0 e:HEV
1. 10,000km- anda perlu membayar RM 281.98 untuk penukaran minyak enjin dan juga Drain Plug Gasket pada setiap 10,000km. Ini adalah kos tetap dan perlu dibayar pada 10,000km, 50,000km dan 70,000km
2. 20,000km – perlu ditukar pada setiap 20,000km dengan kos tambahan RM 47.45 sahaja. Tapi ini akan menjadikan kos servis pada 20,000km menjadi RM 345.30 dan merupakan kos berulang pada 40,000km dan 80,000km
3. 30,000km – pada ketika ini Honda CR-V perlu ditukar 2 komponen tambahan iaitu penapis udara enjin yang berharga RM 143.97 dan juga penapis penyaman udara RM 234.06 menjadikan kos keseluruhan RM 548.70. Ini adalah kos berulang pada 90,000km
4. 60,000km – ia adalah kos berulang sama seperti 30,000km tapi dengan tambahan penukaran minyak brek yang berharga RM 41.21.
5. 100,000km – pada ketika ini anda perlu menukar 4 unit palam pencucuh Iridium dengan kos mencecah RM 510.95. Ini menjadikan kos servis pada 100,000km mencapai harga RM 729.05
6. 150,000km – pada perbatuan ini atau pada bulan ke 90, anda perlu melakukan servis penukaran cecair transmisi gear tunggal sistem hibrid atau Hybrid Electric Vehicle Fluid atau singkatannya HEVF yang berharga RM 164.37. Apabila dikira dengan kos penukaran penapis penyaman udara dan penapis enjin, kos servis pada kali ini mencecah RM 840.27
7. 200,000km – pada bulan ke 120 atau pada perbatuan ini barulah anda perlu menukar cecair penyejuk enjin atau coolant dengan kos tambahan RM 188.54. Pada ketika ini anda perlu membayar kos servis sebanyak RM 1076.59
8. Seperti biasa kami tidak memasukkan kos tambahan lain seperti penukaran bateri, pelapik brek, tayar, servis penyaman udara, penjajaran tayar, imbangan tayar dan juga lain lain kos di luar jadual servis yang disediakan
9. Berdasarkan maklumat di pautan di atas, anda perlu membayar sehingga RM RM 4345 untuk kos servis pada 100,000km pemanduan yang pertama. Untuk jarak 100,000km seterusnya anda akan membayar sehingga RM 5296.22.
Kos untuk pemanduan sehingga 200,000km atau sehingga 120 bulan mencecah RM 9641.22 sahaja. Sekiranya anda mengira secara purata, anda hanya membayar sekitar RM 80.34 sahaja sebulan. Murah kan.



