
TAKAMOTO KATSUTA - MAMPUKAH BELIAU MENCABAR KEJUARAAN WRC MUSIM 2024 NANTI?
Dalam perlumbaan World Rally Championship (WRC), kesemua senarai pememangnya semenjak diperkenalkan pada tahun 1977 didominasikan pemandu dari Eropah. Terutamanya dari Perancis dan Finland. Pemandu dari Asia memang tak masuk senarai langsung.
Tapi zaman sekarang ini kita mungkin ada calon yang cukup sesuai untuk memecah monopoli tersebut dalam tempoh beberapa tahun mendatang. Dan orang itu adalah Takamoto Katsuta, pemandu yang berasal dari Jepun.

Takamoto Katsuka atau pun juga disapa sebagai Taka, dilahirkan pada tahun 17 Mac 1993 di Nagoya, Jepun. Memulakan karier perlumbaan di usia 12 tahun apabila mula menjebakkan diri dengan perlumbaan kart. Dan beliau memulakan aksi di siri Formula Challenge Japan pada tahun 2010 dan telah pun bergelar juara perlumbaan tersebut setahun berikutnya pada usia 18 tahun.
Pada tahun 2014 ketika musim Formula 3 masih lagi berlangsung, Takamoto Katsuta telah mula menceburkan diri dalam rali melalui All Japan Rally Championship dan terus mencatatkan kejayaan melalui kelas JN.
Bakatnya dikesan oleh Toyota, yang pada 2015 yang telah memilihnya untuk menjadi sebahagian daripada Toyota Gazoo Racing Challenge Programme khusus untuk pemandu muda. Berpangkalan di Eropah, beliau dialtih serta dipantau bawah pengawasan secara terus Tommi Mäkinen, termasuklah ketika menyertai pelbagai perlumbaan rali di Finland dan juga di Eropah.
Sudah tentu Presiden Toyota, Akio Toyota mengimpikan pemandu yang berasal dari Jepun sendiri untuk memandu jentera jenama Toyota di pentas WRC dan mungkin mencabar kejuaraan WRC.

Untuk itu, Takamoto Katsuta terus diberikan peluang untuk beraksi di kelas WRC2 pada 2017 dan 2018 dengan memandu Ford Fiesta R5 (Toyota tidak mempunyai jentera R5 / Rally2 ketika itu) dan berjaya meraih kemenangan mengejut di Rally Sweden. Kejayana itu sudah memadai untuk Toyota memilih beliau lebih awal daripada seorang lagi peserta program Hiroki Arai untuk pembangunan berikutnya.
Dia meraih satu lagi kemenangan WRC2 di Chile pada 2019 dan penamat 10 teratas di Jerman pada penampilan sulungnya bersama jentera GR Yaris WRC. Beliau turut menyertai kempen WRC yang dipendekkan tahun 2020 akibat Pandemik Covid-19

Pada tahun 2021, sekali lagi Takamoto Katsuta diberikan peluang beraksi di kelas utama, kali ini dibawah bimbingan Juho Hänninen yang bertindak sebagai mentor. Mencatatkan Keputusan P6 pada perlumbaan pertama di Monte Carlo serta P4 di Portugal dan juga Itali.
Lebih mengangumkan apabila Takamoto Katsuta berjaya mendapat podium kedua ketika aksi di Kenya yang tidak pernah beliau beraksi selama ini.
Namun ketika kempen mula memasuki pusingan kedua, beberapa siri kemalangan menjejaskan sedikit prestasinya.

Pada tahun 2022, Takamoto Katsuta telah bergandingan bersama Aaron Johnston yang menyaksikan perubahan aksinya. Sudah tentu aksi beliau ketika di FORUM8 Rally Japan paling diingati apabila menduduki podium di bumi sendiri.
Dan untuk tahun 2024, beliau telah dinaikkan pangkat untuk memandu musim penuh bersama Toyota Gazoo Racing bagi membantu pasukannya mengutip mata penting serta mungkin berpeluang mencabar kejuaraan WRC.
BACA : PENGERUSI TOYOTA BAHARU TAHU BETAPA SIBUKNYA TUGASAN SEBAGAI PRINSIPAL PASUKAN TOYOTA GAZOO RACING









