Artikel Pilihan

INI KOS SERVIS TOYOTA COROLLA CROSS, VARIAN HIBRID DAN PETROL

Toyota Corolla Cross merupakan sebuah crossover yang diasaskan dengan menggunakan cesi TNGA-C sama seperti Toyota Corolla sedan. Tapi berbeza dengan Corolla sedan yang menggunakan sistem suspensi double wishbone, Corolla Cross menggunakan sistem suspensi torsion beam.

Ia merupakan crossover alternatif kepada Honda HR-V dan juga Honda CR-V. Jadi kali ini kami bawakan kos dan jadual servis bagi Corolla Cross Petrol seperti berikut:

1. 1000 & 5000km – seperti yang anda kenal, Toyota merupakan sebuah syarikat yang sangat konvensional. Jadi mereka menyarankan agar servis 1000 dan 5000km dilakukan dengan menukar minyak enjin mineral (RM 97.50), penapis minyak enjin (RM 38.60), dan drain plug gasket (RM 2.80).

Ketika ini juga mekanik akan menambah cecair pencuci cermin (RM 2.70) dan cecair disinfektan (RM 12.11) menjadikan kos servis menjadi RM 153.71 untuk 1000km. Namun kos ini menjadi RM 144 sahaja selepas diskaun.

Bagi 5000km kos servis ialah RM 115.11 disebabkan penapis minyak enjin tidak perlu ditukar dan hanya perlu ditukar pada 10,000km.

2. 10,000km – ia merupakan servis berulang bagi 20,000km, 30,000km, 50,000km, 50,000km, 60,000km, 70,000km, 90,000km, 100,000km dan 110,000km. Anda perlu membayar RM 153.71 bagi kos asas, RM 123.50 bagi upah, SST RM 7.41 menjadikan kos servis selepas diskaun ialah RM 274.00.

Tapi jika anda memilih untuk menggunakan minyak enjin semi sintetik dengan kos RM 304 atau jika menggunakan minyak sintetik penuh ia meningkat kepada RM 434.

3. 40,000km (advance) – ia adalah servis berulang pada 80,000km, 120,000km, 160,000km dan juga 200,000. Kali ini kos akan meningkat dengan banyak berbanding servis biasa disebabkan anda perlu menukar penapis udara enjin dengan harga RM 167.00 dan juga cecair minyak brek (RM 31)

Ini menjadikan kos keseluruhan ialah RM 524.00 (minyak mineral), meningkat kepada RM 554.00 bagi minyak semi sintetik dan meningkat kepada RM 674 bagi minyak sintetik penuh.

4. 80,000km – pada ketika ini juga anda wajib menukar minyak pelincir CVT dengan harga RM 300 dengan pakej merangkumi (minyak CVT, gasket, overflow plug, dan juga upah). Ini bermakna anda perlu membayar kos minima RM 824 (minyak mineral) bagi servis 80,000km, 160,000km dan 240,000km

5. 100,000km – seperti biasa anda perlu menukar palam pencucuh iridium pada ketika ini dengan kos RM 270.00 bagi satu set dan juga upah pemasangan. Jadi ketika 100,000km anda perlu membayar minima RM 544.00 jika menggunakan minyak enjin semi sintetik.

6. 160,000km – pada jarak perjalanan ini, anda perlu menukar cecair penyejuk dengan harga RM 144.60 dan menjadikan kos servis RM 668 jika menggunakan minyak mineral ketika servis. Minyak mineral Toyota menggunakan gred API SN yang boleh digunakan sehingga 10,000km tanpa masalah

7. Hibrid – Jika anda perasan, Toyota Corolla Cross juga dihasilkan dalam varian hibrid dan secara asasnya ia menggunakan jadual servis sama seperti di atas. Namun Toyota mencadangkan anda menggunakan minyak enjin sintetik penuh yang lebih nipis iaitu 0W-20

Jika minyak ini dipilih, anda perlu membayar RM 204 untuk 1000km, RM 174 untuk 5000km, RM 334 untuk servis advance (40k km) dan RM 534 untuk servis Advance Plus

8. Cecair penyejuk enjin – perlu ditukar pada 160,000km dengan kos RM 147.80 manakala cecair penyejuk unit inverter pula perlu ditukar pada 240,000km dengan kos RM 73.20. Jika anda melhat jadual Corolla Cross Hibrid dengan teliti, terdapat satu lagi cecair penyejuk (inverter & enjin) perlu ditukar pada setiap 80,000km dengan kos RM 189.10

9. e-CVT – komponen ini sebenarnya adalah komponen mekanikal walaupun dinamakan sebagai eCVT dan memerlukan penggantian minyak gear ATF dengan kos RM 290 bagi setiap 80,000km

10. Palam pencucuh – sama seperti varian petrol, ia perlu ditukar pada setiap 100,000km tapi kosnya lebih mahal pada RM 350. Ini menjadikan kos servis pada 100,000km menjadi RM 824 jika menggunakan minyak mineral atau RM 884 jika menggunakan minyak sintetik penuh 0W-20.

Kos di atas tidak melibatkan kos penggantian pelapik brek, penapis penyaman udara, kos servis penyaman udara, imbangan tayar, dan juga kos penjajaran tayar.

Google ads
Back to top button