KERETA POLIS PUN JADI MANGSA KECURIAN PENGUBAH PEMANGKIN – HATI KERING BETUL PENCURI NI
Kejadian curi memang selalu berlaku saban hari tanpa mengambil kira iklim ekonomi dunia. Ekonomi baik pun ada pencuri ekonomi merosot pun ada juga pencuri. Biasanya jika berlaku kecurian pihak polis akan segera membantu mangsa tapi kali ini mereka sendiri adalah mangsa. Macam mana ni?
Kecurian pengubah pemangkin ini cukup hebat kerana yang menjadi mangsa ialah beberapa kereta peronda dan van polis yang berada di luar ibu pejabat SWAT San Francisco. SWAT boh yang kononnya merupakan antara pasukan khas polis terbaik dunia. Malah bangunan tersebut juga turut menempatkan skuad bom San Francisco.
Kejadian disedari seorang anggota polis pada waktu tengah hari 12 September. Bukan hanya sebuah tetapi empat buah kenderaan polis kehilangan pengubah pemangkin sekali gus. Pengubah pemangkin sememangnya mempunyai nilai pasaran yang tinggi kerana bahan logam yang digunakan dalam pembuatannya. Logam apa? Platinum boh, juga kita kenali dengan nama emas putih. Dah tutup mulut tu cepat.
Saalah seorang anggota polis di sana menyatakan yang pencuri-pencuri tersebut memang berana kerana mencuri dari cawangan polis terbaik di sana. Kalau terbaik macam mana boleh tak sedar eh. Ingat nak curi pengubah pemangkin ni senang macam curi loceng basikala ke?
Walaupun mereka mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai tentang kecurian tersebut, harapan untuk memperolehi kembali pengubah pemangkin yang dicuri mungkin sangat rendah. Malah pegawai tersebut menyatakan yang kejadian tersebut bukanlah kali pertama berlaku.
Kecurian komponen ini yang sangat kerap berlaku membuatkan pihak berkuasa San Francisco Selatan menggubal undang-undang untuk mendakwa mereka yang didapati memiliki pengubah pemangkin terpakai. Alamak beli halfcut pun jadi kesalahan la.
Kalau anda mempunyai maklumat bolehlah berhubung dengan pihak polis San Francisco. Mana la tau hamper ke, t-shirt ke kan?