Buletin

INILAH KERETA PERTAMA YANG DISAMAN DI DUNIA – TAHUN 1896 PADA KELAJUAN  13KM/J!

Menerima saman lalu lintas, tidak kiralah daripada siapa pun sama ada polis, Jabatan Pengangangkutan Jalan (JPJ), hatta Majlis Perbandaran Kodiang sekali pun memang bukan satu pengalaman yang menyeronokkan. 

Jangan risau, anda bukan yang pertama merasainya. Malah perasaan itu sudah dirasai seawal tahun 1896 oleh seorang lelaki bernama Walter Arnold yang memandu sebuah Arnold Benz Motor Carriage.

Arnold dilaporkan menerima saman daripada seorang pegawai polis yang menunggang basikal kerana memandu pada kelajuan 13km/j. Pada ketika itu, had kelajuan yang ditetapkan ialah 3.2km/j. Peh, slow gila..

Hampton Court Palace, lokasi di mana acara Concours of Elegance 2017 bakal berlangsung pada 1 hingga 3 September 2017.

Kesalahan itu dilakukan di Kent, UK. Akibatnya, Arnold perlu membayar sejumlah saman dan kos berkaitan. Pada penghunjung tahun 1896, Akta Lokomotif telah dimansuhkan dan had kelajuan dinaikkan kepada 22.5km/j.

Bagi meraikan pengumuman baru itu, sejumlah kereta berlumba dari London menuju ke Brighton dalam acara yang dikenali sebagai Emancipation Run. Antara pesertanya ialah Arnold. Lebih menarik lagi, perlumbaan tersebut diteruskan hingga ke hari ini menerusi acara Veteran Car Run yang dianjurkan oleh Kelab Automobil Diraja. Ia disertai oleh kereta yang dihasilkan sebelum tahun 1905.

BACA: INILAH 10 SAMAN TRAFIK PALING MAHAL DI DUNIA

Arnold Benz Motor Carriage bakal dipertontonkan kepada umum pada acara Concours of Elegance 2017 yang berlangsung di Hampton Court Palace, United Kingdom bermula 1 hingga 3 September 2017.

Google ads
Back to top button