
PASANGAN INI PANDU 22KM DAN TAK SEDAR ADA LELAKI MABUK ATAS BONET BELAKANG KERETANYA
Samada ini benda lucu, bahaya atau ajaib, anda tentukan sendiri. Kejadian yang berlaku di Memphis, Tenessee Amerika Syarikat ini adalah tentang seorang lelaki mabuk yang dibawa bersiar-siar atas bonet belakang kereta tanpa disedari.
Kisahnya bermula bila Carl Webb dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis barbeku bersama isterinya. Beliau memandu kereta hariannya seperti biasa, sebuah Ford Taurus dan pada lewat malam mereka meluncur ke jalanraya yang dilaluinya setiap hari.
Setelah memandu lebih 22 kilometer, Webb telah dihentikan oleh seorang polis peronda tempatan. Beliau hanya sedar ada “penumpang” mabuk di but belakang keretanya setelah dimaklumkan oleh polis tersebut!
Ketika ditahan lelaki tersebut masih tidak sedar dan apa yang lebih menakjubkan, beliau tidak terjatuh dan elok saja santai-santai atas bonet kereta. Ford Taurus bukanlah kereta yang besar sangat pun. Bonet belakang lebarnya sekitar 14 inci saja.
Inilah dinamakan keajaiba.!






